Monday, December 26, 2011

Review Movie Songlap + Review Movie Satu Malam Kubur Berasap.. Plus ada cerita hangat di wayang!

Tajuk tak leh panjang lagi ke Eina oii??

Minggu lepas aku pergilah menonton wayang di IOI mall Puchong,
Lepas beli tiket, aku pun meneruskan usaha untuk membazirkan duet,
kata orang, memang kata orang la, "Eina ni kalo kuar pun mesti nak shoping!"
oh shopping dan diriku memang tak dapat di pisahkan..
umpama isi dan kuku.. eceewahh!
selepas berjaya melaburkan duet shopping di Padini,
aku pun meneruskan misi utama, tengok wayang!

movie 
SONGLAP


Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Komen aku :

1. Berdasarkan tajuk cerita ni, aku memang tak minat la nak tengok.. tapi disebabkan Shaheizy Sam aku berlakon, aku nak gak la tengok.. sebab trailer citer ni tak menarik perhatian aku pun.. hahah

2. Cerita ni banyak mengisarkan kisah muda mudi zaman sekarang, yang ada di KL.. tapi ada sikit la kelaianan dari cerita lain.. memang lain lah!

3. Seriusly masa aku tengok cerita ni dalam wayang, walaupun baru 30 minit aku tengok cerita ni, aku dah dok tengok-tengok jam.. sebab?? sebab aku rasa bosan nyerr! bila citer ni nak habeh hoi!

4. Cerita ni sebagai Movie tak best sangat la.. sebab rasa macam drama TV je :P

5. Overall, aku rasa cerita ni okeyy-okeyyy je la..

rate? 5/10



SATU MALAM KUBUR BERASAP


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? 

Review aku

1. Cerita ni tak seram, tapi banyak adegan terkejut-terkejut!! hampeh woo! yang ada heart attack jaga-jaga ye!

2. Cerita ni ala-ala macam hantu kak limah balik rumah sikit.. sebab bila aku tengok cerita ni, aku rasa macam suasana aku tengok hantu kak limah.. tapi hantu kak limah best lagi la..

3. ada part kelakar, ada part tak berapa nak kelakar.. hahha

4. lakonan Angah, Along, Azrul dan Zach menjadi.. tambah-tambah Angah, dah macam Fei Mau aku tengok.. ahahah

5. Overall, aku tak la rasa rugi sangat tengok cerita ni..

rate aku bagi? 7/10



PLUS +++
korang nak tahu satu cerita takk??? nak tak?? 
semasa aku tengok cerita Satu malam kubur berasap kan,
aku sembang bisik-bisik la dengan membe sebelah, pastu aku terpandang belakang..
nak tau apa movie aku tengok kat belakang??? movieeee 18sx! hoo makk aihhhh!!!
terkejut aku... aku nampak pasangan di belakang ber"lolipop", tak agak2 dalam wayang pown jadik!.. 
kot tak tahan sangat pi la hotel kan??
mentang-mentang seat couple,
seat tu pown clearrr sebab orang sebelah tak leh nampak..
ni kalo bercumbu aku leh tahan lagi, ni berlolipop! memang shock gila aku!!
aku terkejut, dia pun terkejut t
aku terus tengok depan balik..
pastu aku rasa cam tak cayaaa... tak kan aku berhalusinasi plak kan???
so aku pandang belakang untuk make sure apa yang aku tengok tadi tu betoi ke??
kali kedua aku pandang, perempuan tu dah angkat kepala dia letak kat dada BF dia,
sambil pandang aku tak puas hatii..
maknanya apa yang aku tengok tadi betoi la?? perghh!
dasat-dasat orang zaman sekarang!

Thursday, December 15, 2011

Dah bau bau nasik minyak Eina??? JOM KAHWIN!

Dengan ini,
Saya, Sakinah, ingin memutuskan bahawa saya
akan mengikatkan tali pertunangan,
bersama buah hati pengerang jantung saya.
bila??
Bila??

saya pown tak taw lahh!!
sedeh noks! bukan apa..
nak kawin, tapii??
tapii?? ntah la tapi kenapa..
biarlah rahsia.. ececeyyh leh gitu??
InsyaAllah, next year.. 
buat masa sekarang ni saya mampu jawab "no komen!"
wah gitu statement artis! artiss ke? ohh im not desprate nak bajet2 gitu yaw!

okey okeh!
tak mau sedeh2.. 
sekarang aku nak story bout my dream wedding :)
dream? harus la berangan dulu kan..

kalo boleh, psttt psssttt, kalo kaya lah!

aku nak TUNANG tema
JAWA!
lol kenapa nak tema jawa??
ngapainn sihh??
bukan apa.. sebab cantekkk sangat!
dari mata aku la nampak cantek, dari mata kau? lantak kau la kata tak cantek..
okeh ni contoh-contoh aku dapat dari Butik Kebaya Noni dari FB aku..



arghhh nak macam ni.. nak macam nii!!!
sambil guling-gulingg atas kapet opis..
wahahaha terkantoi sudah aku update blog kat opis.. hahah
tapi tak pe! sebab impian guling-guling aku ni dah tercapai!
sebab! aku dah pown grab satu kebaya indon ala-ala di atas..
kaler kebaya tunang aku pun colour seakan gold..
impian dah jadi KENYATAAN!
tapi tak nak la impose gambar tu kat sini..
nanti tak suprisee!!
tunggu aku tunang tahun depan ye! whahaha..

Okey..
untuk AKAD NIKAH pulak aku nak yang simple + nice..
yela nikah kan, so harus la simple!
takyah nak crowded sangat!
colour pulak 
pink lembut!!
macam bawah ni!!
canteknyerrr!!
sumber gambar : pakcik teropong (google)



cantek tak??
ni dari blog Dina halim
grrrr nanti nikah nak wat satu camni..
sweet je!!

lepas dah nikah SANDING / RESEPSI plak !
belah PEREMPUAN aku kalo leh berangan-angan nak wat tema Garden!
wahahah Garden la sangat!
tu pown kalo duet banyak la kan?
aku nak pelamin garden konsep bunga-bunga camni

gambar-gambar ni aku ambik dari Takteh Photo Creative Bridal Gallery punye FB
memang cun cun cun gila baju + pelamin diorang!
and kedai dia dekat Taiping..
haa dekat sangat dengan tempat aku..
and kakak aku dulu pun ambik package dari Takteh ni..
wuu curlast!



cantik kan??
okeh baju pulak aku nak baju kaler sebijikkkk macam Elyana sanding aritu...
wahhh memang first aku tengok Elyana pakai kaler ni,
aku memang chopp da kaler ni + menjadi pojaan hatikuuuu!~



pastu kaler pojaan ini telah di ambik oleh kawan aku!!
ohh tidakkk!!! hahhaha :)
takpe-takpe.. kita still leh pakai kaler yang samee... hehee


untuk RESEPSI belah LELAKI pulak 
pelamin nak ala-ala kaler camni...
wahhh i likee!!

simple and nice!
i like the combination colour..
thumbss up!!
bila pelamin dah kaler camni,
baju kahwin haruslah merah terang tang tang macam bawah ni!
ohh Elyana lagi model baju kahwin aku.. hahaa


cantik kan? lagi terang lagi naik colour merah ni..
suke suke suke!
wahh pehal aku gedik semacam plak ni kan?
haaa...
dah penat aku bebel..

tapi ni semua BERANGAN sahaja..
tapi kalo betoi pun apa salahnya kan? 
so setakat ni saje la sessi berangan tak hingat dunia bersama aku!!
nanti aku berangan lagi, aku update lagi yee!
hokeyyyy bubyeeee <3 muahhxx..
wah gedik btoi ni!

Thursday, December 8, 2011

Review Filem Ombak Rindu + Review Filem Misteri Jalan Lama

Helo!!

Sekali lagi, aku akan review double filem terus..
okeh?
minggu lepas aku cuti dua hari lepas balik Sabah,
so untuk relax2kan minda aku pun pergi la menonton wayang!

aku pergi tengok filem Ombak Rindu ni hari 1st citer ni keluar..
excited gila!
Pada hari Khamis petang..
aku ambik seat couple..
bila aku masok je wayang,
aku cakap "Perghhh ramai giler la orang! depa ni tak pi keja ka??"
korang nak tahu tak? kerusi penuh sampai ke depan,
senang citer FULL la.. padahal hari bekerja, khamis! petang lak tu?
tak kan semua orang ambek cuti cam aku kot??
hahaha

okeh meh aku review sikit!

REVIEW FILEM OMBAK RINDU



Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
(sinopsis aku copy dari wikipedia..slumberr!)

Ulasan aku :

1. Citer ni bestt! best! macam kita baca novel dia gak.. FYI, aku jarang sangat-sangat baca novel, tapi novel Ombak Rindu ni aku bace la.. and filem dia pun best macam dalam novel gakk.. sedeyh!
2. Citer ni sedih, tapi takleh lawan kesedihan aku tengok filem Lagenda Budak Setan lagi.. Lagenda Budak Setan aku nanges banyak kali, Citer Ombak Rindu ni aku nanges sekali je.. ahahaha.. (feeling beb!)
3. Pemilihan pelakon? Aaron Aziz memang sesuai watak Hariz, But Maya karin aku rasa macam tak sesuai sikit bawak watak Izzah, sebab? sebab Maya karin nampak tua.. serius aku baca novel aku bayangkan muka Izzah ni macam lepasan SPM camtu, tapi bila tengok muvie aku rase kelakar sebab muka Maya tak macam lepasan SPM, kalau bagi Lisa Surihani jadi Izzah best lagi kot.. Tapi Lisa Surihani superb bawak watak Mila, aku suka Lisa Surihani, tapi dalam filem ni aku menyampah sikit kat dia, so bermakna dia berjaya bawak watak Mila sebaik mungkin.. like!
4. Jalan citer filem ni tak sama sangat macam dalam novel.. yela dalam novel panjang jalan citernyer.. dalam movie dah dipendekkan.. so takkan diaorang nak ikot sebijik lam novel ye tak?? mau 10 jam tak abeh satu movie.. hahaha
5. Lastly memang citer ni best kalo tengok dengan boipren.. sebabnya citer ni romentik, kalo tengok dengan kawan gegel ke, mak ke, tak feeling sangat lah.. hahahaa..
btw! i bagi rate 9.5/10 untuk Ombak Rindu!!

REVIEW FILEM MISTERI JALAN LAMA


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
(sinopsis aku copy dari wikipedia lagi..slumberr!)

ULASAN AKU

1. Pemilihan pelakon aku rasa okey dah.. sebab filem pun dari bro Afdlin Shauki kan? So pelakonnya cam biasa la.. Hans Issac.. hahaha.. tapi filem ni lain sikit sebab Afdlin tak belakon skali.. selalu dalam filem Afdlin dia akan belakon sendiri kan?
2. Filem ni bagi aku kurang best.. bukan sebab apa.. filem ni bagi aku macam mengarut sikit.. bukan sebab aku takleh terima cara filem yang baru, aku tahu Afdlin nakkan pembaharuan, tapi filem ni kurang menarik.. dari segi jalan cerita pun aku agak blur di situ.. plus apa yang hans dengan que haidar bercakap pun aku tak dapat dengar dengan jelas sebab terlalu bergema..
3. Filem ni permulaan cerita pun sedikit bosan dan aksi yang ditunjukkan tak begitu menjadi (aksi gadoh).. pastu masuk pulak alam bunian.. terus aku rasa tak paham..
4. Gambar filem ni cantik dengan teknik CGI, dan semasa que haidar pakai costum ala-ala pahlawan tu memang nampak best, macam aku tengok filem omputih pulokk.. 
5. Filem ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga..
rate aku bagi? 5/10 untuk Misteri Jalan Lama..

Tuesday, December 6, 2011

Audition Malaysian Idol??

CALON PERTAMA
MI EINA

CALON KEDUA
MI DIELA

CALON KETIGA
MI FIFFY

Al kisah pada suatu hari, di tengahari yang terik tiga sekawan iaitu 
Eina, Diela & Fiffy pergi menyertai ujibakat Malaysian Idol.. 
hoh??? ade lagi ke ujibakat Malaysian Idol???

Paling penting nak pi ujibakat,
Rupa ada ke? (tak! ada aku kesah?)
suara ada ke? (ermm kot! (prasan))
pakej ada ke? (mcm tak!)

tengok muka-muka calon kat atas ni leh dapat ke??
hah memang tak!
so tiga-tiga terpaksa disingkirkan setelah audition selama 2 jam!
lama tak dua jam? hahaha..
lebih 15 lagu diperdendangkan oleh manusia-manusia di atas..
tapi tersingkir jua akhirnyaa.. kesian kesiann!

mari tengok muka-muka bangga bila tak dapat masok Malaysian Idol musimmm?? erm brapa dah?


tudiaaa...


tudia..
seronok gila muka tak dapat masok kan?
hah takpe..
next time kita repeat lagi ye bebeh!!
muaxxx