Saturday, June 29, 2013

Floria Putrajaya 2013

Assalamualaikum,


Yeay korang.. dah pergi tak Floria Putrajaya 2013??
saya ni memang la, kalau ada apa apa aktiviti di Putrajaya tu,
memang lah selalu sangat pergi..
sebab dekat sangat uols dengan rumah saya..
kalau kayuh basikal tahap pocket rocket man pun mesti sampai.. ehee

masa time saya pergi tu time jerebu..
memang pagi and tengahri tu teruk sangat jerebu..
dalam rumah pun bau asap je.. maklumlaa umah saya belah atas pulak tu..
lagi kuat laa bau...then dah relax relax dalam pukul 4 camtu saya tengok dah kurang sikit..
Alhamdulilah.. bolehlaa keluar.. hihi

so sampai je tengok dah ramai gila kot orang.. parking pun full..
disebabkan saya pandai jalan dekat putrajaya ni (pandai la sangat)
so saya dapat parking dekat dan tempat tak jem.. gituww statement..

masa pergi tu ramai jugak la pakai mask..
tapi bagi saya time tu tak jerebu terok dah..
rilex lagi lah boleh jalan senyum senyum posing posing gituw.. hihi

saya pakai baju dan tudung tema hijau sebab nak pergi ke taman taman kan..
harap tidak tenggelam dengan daun daunan di belakang.. hihi


oh yaa... floria 2013 tema tahun ni adalah orkid..
so penuh la bunga orkid..
nasib laa mak saya tak ikut.. kalau tak habiss di borongnya
maklumlaah peminat orkid yang tegar.. hihi

 







okey dah tak tahu nak taip ape dah..
hahaha okey bye..
muahhhh!

Friday, June 14, 2013

Bahang Patriotik Siti Sakinah - Utusan Malaysia Mega 12/6/13


Assalamualaikum..
eh haii.. hihihi camne saya nak taip hari eh?
emm.. korang...
korang beli tak paper UTUSAN hari rabu haritu? yang tarikh 12 Jun 2013 tu?
emm tengok tak dekat paper yang size kecik yang mega tu?
Nampak tak muka sape?
kakton????!!! bukan bukan..
tu laa muka Siti Sakinah Jamaludin..
budak yang isi pipi lagi besar dari isi perut tu..
hahahaha
 
 
 
tudiaa kan.. abang saya cakap pipi leh hidAng air tea o.. hurm k fine!!
tapi ramai tegur saya Nampak gemuk.. gemuk sangatkah?
depan depan kurus je kan? (ayat nak sedapkan hati sendiri T_T)
actually lately ni saya kuat makan laa..
dah laa kuat makan, pastu fast food je memanjang..
kalo takde kfc, mcd, pizza, subway dalam seminggu tu memang tak sah laa kan..
huhu haiyoooo T_T
 
 
pagi pagi lagi saya dah sampai ke petronas untuk membeli paper..
beli 3 set pulak tu.. sebab takot nanti lama lama hilang pulak kalau beli satu
beriaaaa sangat kan.. huhu tapi kalau korang dekat tempat saya..
mestii feeling excited jugak.. keh keh keh





bila tengok sendiri punya muka, sendiri punya nama pun rasa cam tak percaya..
ehh aku kee ni? eh aku ke? asal gemuk?ehh bukan aku kot! statement takleh terima kegemukkan diri
 
haha gitu laa feeling saya masa baca paper ni..
masuk office semua orangg cakap "waaa artiss" "waaa artis"
rasa kembang segalaa idong yang ada.. hehehe..
dalam satu hari tuu saya dok senyum je.. sebab seronok kan..
 
oh yea, pada sape yang tak beli paper pada hari rabu haritu,
leh laa bace online dekat link bawah tu kat sini..
boleh sekali laa tengok kasut bling bling yang saya beli semata2 untuk photoshoot ni..
dalam paper tak Nampak sebab kena crop T_T
 
 
 
okey itu saje! byee <3 p="">
 
p/s : baju beli sebelum hari photoshoot, kasut beli sama hari dengan photoshoot (semata2) kih3

Tuesday, June 4, 2013

Nasihat Imam Shafie Untuk Mencari Sahabat

Assalamualaikum..
ada something ina nak share dari link komuniti I luv islam
sangat menarik untuk kita muhasabah diri kita ye..

 Nasihat Imam Shafie Untuk Mencari Sahabat
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.

Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.

 Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.
 

 
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”


Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.


Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat
.


Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.
Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


Sahabat sejati pada waktu susah.
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. 

Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
 
Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.


 Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.


Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat,
tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.


Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik,
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,
baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik.
 Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.


Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.




with love :)
eina sakinah

Monday, June 3, 2013

Festival Belia Putrajaya 2013

Assalamualaikum,
arini ina nak update sikit tentang karnival belia 2013 dan jom heboh haritu..
korang pergi tak? huhu.. sebabkan tempatnya dekat sangat dengan umah ina,
ina pun sempat laa pergi.. tapii.. perghh panasnyaa ya amat!!
ina pergi lak pukul 1 tengahari, memang saja nak membakar diri la kan.. huhu
 
 muka kemain happy kan? sebenarnya panasssnya hoii..
saya pulak boleh pergi pakai dua tiga lapis baju kan.. memang hazab.. haha

nasib baik lah dah angkut payung siap siap..
sebab kalau nak patah balik dekat tempat parking keta memang tak lalu dah..
jauh pulak tu.. nak cari parking dah setengah jam..
nasib baik lah saya ni teror gak laa jalan dalam putrajaya ni kan..
so dapat park dekat2 bangunan yang boleh short cut ke festival ni..
kalau first time datang memang menapak jauh la bejalan..
sebab parking yang dekat2 ada..tapi full.. ramai gila yang datang..
memang himpunan sejuta belia lah.. dengan mak2 bapak2 kepada belia pun datang.. eheehe

dekat sini memang banyak gila booth..
 sape boleh round semua tempat dalam masa sehari tengah2 panas ni memang saya tabik la..
saya tak round semua pun sebab besar sangat.. tak larat dek non..
masa pergi ni asyik beliii air je, tak beli menda lain dah.. kihkihkih...

 nampak kan.. muka letih penat lemau semua..
so saya pun lepas tu balik la..
malam tu saya datang pulak untuk konsert..
sekali sekala nak layan tengok kan..
huhu..

kitorang datang awal sejam.. so dapat laa seat depan depan pentas gitu..
sebab aku pulak bawak camera dengan kit lens je.. lupa nak bawa lens panjang..
so dapat duduk depan tu dah syok laa dapat shoot..
baru nak start nampak ada bayangan2 orang yang berdiri dan memasang camera..
argh apakah ini!!


dalam hati memang dah bermacam perkataan keluar..
tapi sabar.. yelah tengok diorang pakai tag media kan.. so saya sabar..
tapi pelik jugak sebab saya tengok media yang lain semua duduk tepi.
kenapa diorang berdiri tengah pentas?


azlan dan typewriter hanya nampak di celah celah manusia berdiri..
tu pun nampak kecik jela. hurm sigh.

so saya pun rasa macam dah malas tengok konsert. baik main candy crush. tak gitu?
so lepas tu budak2 sebelah saya ni injak sikit ke kanan.. so saya pun dapat la mencari ruang untuk shoot walaupun diorang tu still kadang2 termasuk gak dalam frame shoot saya.


dapat laa sikit.. tu pun tak sempat nak seting seting baik punya..
cincai je setting.. huhu

again.. hehee sukanyaaa..

so time last konsert tu linda on suruh semua orang bangun..
so ramai laa budak budak bangun dan menolak nolak..
saya pun duduk jelah belakang.. suruh bf saya gi depan and ambil gambar..
sebab depan tu dah penuh dah laki laki berhimpit..
takut laa terhimpit kan....
dan saya dapat lihat yang diorang yang berdiri tadi tu pun buat muka tension..
hahahahhahaha sebab diorang pun susah nak shoot sebab orang ramai berdiri..
hahha amek.. puas hati.. biar adil.




okey tamat sudah :)
ape ape pun festival belia ni best.. thanks KJ..
awesome!
hope tiap tiap tahun ada lagi :)