Tuesday, November 8, 2011

Review Movie Shark Night 3D + Alamak Toyol

hye uolss!
lepas da kenyang makan rendang lemang mak aku..
aku pun pegi la beraye ke Taiping Sentral!
wat ape kah??
harusslah menonton wayang!
tu je pekara aku suka kalau pegi ke Taiping Sentral tu..
sebab?
takde mendee jadah pun ada dalam tu.. haih!

okey!
moh !

REVIEW FILEM SHARK NIGHT 3D



SINOPSIS VERSI AKU :
Cerita ini pasal Sara (Sara Paxton), seorang gadis dari Bayou. Sara telah menjemput geng-geng dia pergi parti dirumah agam besar di atas air. Mereka adalah -Nick (Dustin Milligan), Beth (Katharine McPhee), 
Blake (Chris Zylka), Gordon (Joel David Moore), Malik (Sinqua walls), dan Maya (Alyssa Diaz). Sampai saja dekat sana, diorang pun bersuka ria laa.. Esok paginya, diorang main-main atas air.. naik boat then tarik kawan diorang.. Tiba-tiba kawan diorang tu terjatuh lalu hilang.. perghh suspen dah tau waktu tu! then lepas kawan diorang naik, tengok-tengok kawan dia ilang tangan sebelahh.. pastu banyak la kejadian jerung ni membaham sorang-sorang dari geng diorang! kalau korang nak tau korang gi la tengok kan! melemak aku nak cerita semua.. hahaha..

REVIEW AKU :
1. Cerita ni dari awal sampai akhir berbikini sahaja! wooott :)

2. Banyak scene and effect terkejut dalam movie ni..
aku asyik terkejut je! nasib takde heart attack! pergh!

3. cerita ni ada jalan cerita yang sangat menarik! aku memang kusyuk la tengok!


4. dengan adanya 3D menjadikan cerita ni lagi best! 
sebab aku rasa cam ikan jerung tu depan aku je.. perghh 3D!


5. Cerita ni ada part-part yang seramm, seram cara ikan jerung tu makan la.. perghh sadiss nak tengok!

markah aku bagi 8.5/10



REVIEW FILEM ALAMAK TOYOL!


alamak!!!
kenapa aku leh tengok cerita camnih?
haihh!!
alamak!!
den terpaksa! atas vote kawan-kawan mau tengok Alamak Toyol! aku redha je! :(
aku bukan nak boikot filem melayu,
aku suka tengok filem melayu,
tapi aku tak bleh blahhh tengok muka si toyol tu..
arghhhh mimpi ngeri troih!
okey meh kita review~!

SINOPSIS :

Pada satu malam, Pak Umar (Hamid Gurkha) telah menemui seorang Bomoh (Yank Kassim) untuk memperolehi toyol kerana dia ingin cepat kaya. Tetapi Pak Umar kurang bernasip baik kerana memperolehi toyol yang bodoh dan ingin memulangkannya, namun tidak diterima oleh bomoh itu. Pada masa yang sama, Fakhrul dan Kudin juga sedang berusaha mendapatkan duit dengan cara merompak tetapi seringkali gagal.
Pada satu hari, Fakhrul dan Kudin telah merompak Pak Umar, tetapi Pak Umar tidak mempunyai duit. Pak Umar bercadang memberikan toyol itu kepada mereka berdua. Tetapi mereka menolak. Lama kelamaan mereka menerima toyol tersebut. Maka bermulalah kisah mereka dengan toyol tersebut. Oleh kerana toyol tersebut tidak pandai mencuri, maka mereka berdua terpaksa mengajar toyol tersebut cara-cara mencuri yang betul. Pada satu malam, toyol tersebut telah memasuki rumah Farah dan bermula pertemuan mereka berdua dengan Farah yang ingin dibunuh oleh bos yang merupakan pengedar dadah. Cerita lanjut, di pawagam berhampiran.

REVIEW AKU :
1. Dalam filem ni aku suka pakcik umar je.. lakonan Hamid Gurkha! 
serius part pakcik ni je aku suka! hahaa

2. Aku seriusly tak suka tengok toyol tu! next!

3. Cerita ni aku rasa tak la kelakar sangat,
aku tak gelak pun dekah-dekah,
aku takat tersenyum je tengok hamid gurkha,
but orang sebelah-sebelah aku banyak gelak dekah-dekah..
aku tak paham.. aku yang tadak perasaan kah depa yang tadak perasaan?

4. Part gadis bogel tu aku tak paham apa motifnya? 
tak perlu buat konon-konon ada gadis bogel pun takpe kan?

5. Cerita ni macam tadak tinggal kesan pun kat masyarakat.. 
masuk wayang, tengok, gelak, keluar wayang, lupa troih.. hahaa


6. AKU SAKIT HATI sebab tempat duduk wayang aku berbau busuk nak mamposss!!
jenuh aku & orang sebelah2 kawal hidung & jenuh aku sapu minyak wangi penuh tangan aku, 
asal bau busuk aku tros cium tangan! bahahhaa..


markah aku bagi 6/10

No comments: