Thursday, December 8, 2011

Review Filem Ombak Rindu + Review Filem Misteri Jalan Lama

Helo!!

Sekali lagi, aku akan review double filem terus..
okeh?
minggu lepas aku cuti dua hari lepas balik Sabah,
so untuk relax2kan minda aku pun pergi la menonton wayang!

aku pergi tengok filem Ombak Rindu ni hari 1st citer ni keluar..
excited gila!
Pada hari Khamis petang..
aku ambik seat couple..
bila aku masok je wayang,
aku cakap "Perghhh ramai giler la orang! depa ni tak pi keja ka??"
korang nak tahu tak? kerusi penuh sampai ke depan,
senang citer FULL la.. padahal hari bekerja, khamis! petang lak tu?
tak kan semua orang ambek cuti cam aku kot??
hahaha

okeh meh aku review sikit!

REVIEW FILEM OMBAK RINDU



Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
(sinopsis aku copy dari wikipedia..slumberr!)

Ulasan aku :

1. Citer ni bestt! best! macam kita baca novel dia gak.. FYI, aku jarang sangat-sangat baca novel, tapi novel Ombak Rindu ni aku bace la.. and filem dia pun best macam dalam novel gakk.. sedeyh!
2. Citer ni sedih, tapi takleh lawan kesedihan aku tengok filem Lagenda Budak Setan lagi.. Lagenda Budak Setan aku nanges banyak kali, Citer Ombak Rindu ni aku nanges sekali je.. ahahaha.. (feeling beb!)
3. Pemilihan pelakon? Aaron Aziz memang sesuai watak Hariz, But Maya karin aku rasa macam tak sesuai sikit bawak watak Izzah, sebab? sebab Maya karin nampak tua.. serius aku baca novel aku bayangkan muka Izzah ni macam lepasan SPM camtu, tapi bila tengok muvie aku rase kelakar sebab muka Maya tak macam lepasan SPM, kalau bagi Lisa Surihani jadi Izzah best lagi kot.. Tapi Lisa Surihani superb bawak watak Mila, aku suka Lisa Surihani, tapi dalam filem ni aku menyampah sikit kat dia, so bermakna dia berjaya bawak watak Mila sebaik mungkin.. like!
4. Jalan citer filem ni tak sama sangat macam dalam novel.. yela dalam novel panjang jalan citernyer.. dalam movie dah dipendekkan.. so takkan diaorang nak ikot sebijik lam novel ye tak?? mau 10 jam tak abeh satu movie.. hahaha
5. Lastly memang citer ni best kalo tengok dengan boipren.. sebabnya citer ni romentik, kalo tengok dengan kawan gegel ke, mak ke, tak feeling sangat lah.. hahahaa..
btw! i bagi rate 9.5/10 untuk Ombak Rindu!!

REVIEW FILEM MISTERI JALAN LAMA


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
(sinopsis aku copy dari wikipedia lagi..slumberr!)

ULASAN AKU

1. Pemilihan pelakon aku rasa okey dah.. sebab filem pun dari bro Afdlin Shauki kan? So pelakonnya cam biasa la.. Hans Issac.. hahaha.. tapi filem ni lain sikit sebab Afdlin tak belakon skali.. selalu dalam filem Afdlin dia akan belakon sendiri kan?
2. Filem ni bagi aku kurang best.. bukan sebab apa.. filem ni bagi aku macam mengarut sikit.. bukan sebab aku takleh terima cara filem yang baru, aku tahu Afdlin nakkan pembaharuan, tapi filem ni kurang menarik.. dari segi jalan cerita pun aku agak blur di situ.. plus apa yang hans dengan que haidar bercakap pun aku tak dapat dengar dengan jelas sebab terlalu bergema..
3. Filem ni permulaan cerita pun sedikit bosan dan aksi yang ditunjukkan tak begitu menjadi (aksi gadoh).. pastu masuk pulak alam bunian.. terus aku rasa tak paham..
4. Gambar filem ni cantik dengan teknik CGI, dan semasa que haidar pakai costum ala-ala pahlawan tu memang nampak best, macam aku tengok filem omputih pulokk.. 
5. Filem ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga..
rate aku bagi? 5/10 untuk Misteri Jalan Lama..

No comments: