Salam..
kepada ibu ibu bapak bapakk semua yang ada disinikk!
ini adalah sambungan kepada entry first tentang
trip percutian aku ke Medan, Indonesia..
28/5/2012
seawal jam 5.30 pagi (6.30 pagi malaysia)
dah kena bangun siap-siap untuk pergii ke??
ke Gunung Berapi Sibayak !
wahhh gunung berapi?
sangattt takot nak pergi..
sebab gunung berapi tu activ dan hidup!
ni gambar Gunung Berapi Sibayak tu.. dekat brastagi..
tapi nak pergi ke tempat ni jalan perkampungan dia sangat la kecil..
tengok ! dekat sangat aku duduk dekat gunung berapi tu kan?
kalo larva keluar aku tak tau nak lari camna dah.. hoho..
tapi dekat sana banyak orang tanam pokok-pokok tumbuhan..
segarr kot!
tujuan kami kesitu adalah sebab nak mandi air panas!
air panas puree gunung berapi punya!
tapi paling tak bes aku leh tertinggal baju plak!
so takleh nak mandi.. dapat rendam kaki jelaah..
tengok mak aku... seronok dapat mandi dekat situ..
kolam ni ada jenis-jenis tahap kepanasan dia..
tapi memang kolam tu dekat je dengan gunung berapi.. asap dia pun still nampak lagi tuu..
heh sedih tak dapat nak mandi, rendam kaki tak feel langsung!
dekat situ diorang ada jual sulfer gunung berapi
sulfer tu elok untuk kulit kita..
leh sapu dekat muka, tangan, badan dan semualah!
tengok my mom, dia pun nak sapu jugakk...
tapi memang sulfer ni elok..
lepass sapu basuh kulit teros rasa macam bayi baru lahir (mcm tipu kan)
Pemandian Air Panas Alam Sibayak..
tagline "Mejuah juah" adalah tagline welcome orang dekat sini..
macam dekat Danau Toba semalam kita cakap Horas!
dekat Brastagi kita cakap Mejuah Juah!
paham anak anak? hehe
dekat Brastagi ni kami stay dekat Hotel yang di panggil
Green Garden Hotel, Brastagi.
ni adalah view dari bilik aku.. hotel ni kira okey cantik and bersih la..
makan pun sedap!!
paling best tido sini.. sebab sejuk.. hoho!
gambar kenangan kat hotel sebelum check out..
next destination adalah Medan! wuhu..
Sesampai sahaja kami di Medan, Indonesia..
kami berhenti makan dulu dekat
Lubuk Idai, Medan..
dekat sini ikan bakar dengan ayam bakar dia sangat sedap!
makan pun makan bersila weyh!
ohh lupa semalam nak upload kami minum jus avocado dekat otw ke Brastagi!
Jus Avocado ni kami minum dekat Restoran Istana..
sedappp sangat! rasa berlemak sikit..
harganya 15000 rupiah !
nasib 15ribu indonesia ye, kalo 15ribu malaysia aku tak tau camna!
15000 bersamaan 5 ringgit malaysia sahaja..
duduk sana aku dah pandai tau kira duit ribu ribu..
yelahh dalam beg duit ada Juta Juta (sambil wat muka belagak)
sebahagian duit yang aku bawak..
ni dah sejuta lebih rupiah.. hehe
tapi kalau duit malaysia kecik jee!
meh aku bagi Jadual matawang antara rupiah dan RM
see perbezaannya?
antara ribu ribu juta juta dan RM malaysia?
tapi dekat sana memang banyak lah tempat untung
shopping telekung, kain pasang untuk baju raya, kain pelikat.
tengok orang ramai mana nak shopping?
tengok kain pasang yang sangat cun melecun kebabomm tu..
memang sangat rambang mata lah pergi situ..
aku shopping sikit je..
kebanyakkan untuk diri seniri..
ada 2 kain pasang untuk aku raya, 1 pasang untuk sourviner,
2 pasang telekung untuk sendiri dan sourviner,
2 helai kain pelikat dan yang lain sourviner keychain dan magnet peti ais..huhu!
selepas penat shopping,
kami ke Istana Maimon dekat dalam town Medan tu..
view dari bus.. semasa kami sampai ni hujan agak renyai renyai sedikit..
Sejarah tentang istana Maimon ni aku lupa dah..
sebab aritu tak take note and tak berapa nak ambik port bila orang tu cerita..
hehehh!
cantik kan? dah nama pun istana, dah tentu lah cantik!
gambar depan istana sebelum pulang..
time ni letih dah rasa.. letih shopping!
hahaha.. sebab banyak oo kedai yang kami pergi..
Di Medan, Indonesia.. kami stay dekat hotel yang bernama
Hotel Grand Antares, Medan.
hotel ni antara hotel hotel yang gelemerr la dekat Indonesia ni..
okeyy dah sampai hotel lepas makan kita tidoooq!
29/05/2012
Hari terakhir aku dekat Indonesia..
Misi utama kami dekat sini hari ni adalah SHOPPING!!
tapi picture tak banyak sangat dah hari pasal sangat letih okey!
ni adalah view dari bilik aku.. jalan nampak lengang di pagi hari..
kalau time pukul 5 petang 6 petang hampaa takyah cerita la choi!
JEMMMM sangat jalan.. crowded!
duduk dalam bilik bunyii
"tiinnn tinnnn ponnnn ponnnnn pinnnn piinnnn"
semua dok tekan hon! memang orang dekat sini suka main hon!
kalau dekat Malaysia bunyi hon sikit dah makan Maki..haha
okeyy masa untuk check-out la deyy!
byee byee hotel! moh kita bershopping!!
misi utama kami shopping pada hari ini adalah di
Pasar Ikan!
Pasar Ikan? bukan lah membeli ikan!
dan takde jual ikan pun.. semuanya baju pasang,
telekung, dan pelikat n sewaktu dengannya..
tapi kain sini semua lawa lawa la.. rambang mata!
tuuu diaa cek mai cekk mai!
pilih jangan tak pilih..
rasa cam nak pilih semua ja..
nasib nafsu aku ni sabaqqq.. hehe!
dekat situ la aku beli 3 pasang baju.. nah puas ati aku! (mood raya)
lepas tu kami pergi ke Medan Mall..
masuk je mall tu aku tak tau nak beli apa..
sebabnya dekat malaysia pun ada mall, lagii besaqq!
huuhu.. so kami jalan jalan cuci mata je dapat..
dah jalan tu lapaq tak tau nak makan apa..
sebab dah 3 hari 3 malam dah aku mengadap nasik putih..
so aku nak cari makan lain pulak!
aku ni tak suka makan nasik!
taraaa! aku round punya round nampak la makanan fevret!
KFC!
tapi kali ni lain sikit suansana dia..
nak order pown 5 minit aku pikir..
sebab KFC sini menu dia lain and pelik!
semua menu ada combo dengan nasik! pergh pelik!
ni suasana kfc sana..
aku ambik set "super besar" kalau dekat sini kita panggil snack plate!
2 ketul ayam.. nasib baik nasik boleh tukar dengan fries.. selamat2..
okey semasa nak balik tu...
hohhh nak balik?? cepatnye kan?
adoi! semasa on the way nak balik,
kami singgah solat dekat Masjid Raya, Medan.
Masjid raya ni adalah masjid tertua di Medan ni..
walaupun tertua tapi senibina dia sangat cantik sekali..
lepas tu kitorang pun menuju la ke Lapagan terbang Polonia, Medan..
aku balik naik flight Air Asia.. gambar dah takde sebab sangat penat letih dan lapar..
dalam flight kami order air tin dan cheese cake yang sangat sedap!
so tu lah pengalaman aku berada di Medan, Indonesia selama 4 hari 3 malam :)
InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi lagi bercuti..
InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi lagi bercuti..
maybe next destination adalah Jakarta or Bandung?? (berangan banyak duit!)
heheh
okeyy byee!