Salam you alls!
kali ni aku nak hupdate blog pasal vacation aku n my mom minggu lepas,
iaitu percutian ke Medan, Indonesia!
best ke tak? ohh harusssssslah best!
okey di bawah ni adalah nota nota kecil sepanjang aku 4 hari becuti ke sana..
26/5/2012
Bertolak dari taiping ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
seawal jam 7 pg! oh sangat mengantuk..
sampai sahaja di airport, aku pun menunggu time untuk cek in barang,
hati aku usah di cakap la.. dup dap dup dap..
kenapa? sebab aku sangat takut naik kapal terbang..
dulu naik flight pergi sabah rasa nak luruh jantung.. haih!
setelah sahaja selesai cek in beg tiba la masa untuk ke ruang menunggu yang penuh bosan itu~
ohh buku merah jangan lupa! kang pergi sana takde permit plak ye dok?
setelah penat menunggu di situ..
tibalah masa untuk naik flight..
okey hati debor debor rasa nak jatuh! huh!
kami pergi naik firefly..
bila tengok awek awek firefly ni aku teringat scha al yahya dalam awan dania!
wuu comel comel!
okey muka nampak macam seronok je kan?
ohh haruslah seronok! its vacation riteeee!
tiba lah maasa flight naik,
pergh time naik tu lagi aku seriau!! luruh jantung semua ada,
tapi takot takot pun aku tetap nak tengok view bawah jugak!
haha tapi firefly ni kecik sikit, seat dua dua,
tak macam air asia, seat tiga tiga,
setelah 15 minit bosan bosan,
awek awek pramugari pun hadiahkan lah air dan kacang untuk kudap kudap
okey thanks awek, aku baru ingat nak order air,
disebabkan awek tu bagi air foc, aku cancel nak beli.
haha!
setelah bosan dan bosan aku pun bukak la my tab dengan mood airplane.
main game truffula shuffula dari lorax.
walaupun game bodoh-bodoh je tapi tetap besttt!
lepas sejam je aku nampak view macam ni..
tandanya dah masok area Indonesia lah!
woww! penuh kehijauan!
sungai dia dari atas dah macam ular aku tengok..
haih!
oeky nampak bilah airplane tu?
sebenarnya tempat duduk aku betol betol sebelah bilah kapal terbang tu!
soooo dia beputar sangat lah laju! sangat seram aku tengok!
aku dah pikir macam2 dah, kalo bilah tu tercabut kompem kena aku dulu!
teringat movie final destination!err!
okey dah sampaii! selamat tiba ke Polonia Domestic Airport, Medan.
anda nampak saya gemuk? ok fine! haha
airport dekat medan ni sangat lah kecik nak dibandingkan dengan airport yang kite ada..
see..kecik kan??
sampai je di sana kami dah ditunggu oleh travel agency iaitu Fantasy holiday travel agency.
ni lah kenderaan yang bawak aku pergi jalan2 selama 4 hari!
kami diberi penerangan tentang bandar medan ni oleh pak saragi trully dari indonesia.
hari 1st ni kami terus menuju ke Danau Toba dahulu,
tempat Danau Toba ni lebih dikenali sebagai Parapat!
masa tengah otw tu perut dah berkeroncong dah..
nasib lah diorang berhenti makan dulu!
iaitu di Restoran Simpang tiga!
ada orang cakap restoran ni ada branch dekat Ipoh, Perak..
tapi aku tak tahu la betol ke tidak..
setelah 6 jam berada dalam bus, okey baca lagi sekali 6 JAM okey berada dalam bus!
akhirnya sampai jugak dekat Danau Toba, Perapat!
lenguh bontot semua ada lah!
sampai pun dah gelap, malam.
so picture apa pun tak ambik.
sebab bantal sudah memanggil, so apa lagi? kita tidoqq lah!
27/5/2012
Sedang enak aku dibuai mimpi yang indah tiba tiba mak aku jerit
"sunset nun! pi tangkap gambaq!"
dengan muka mengantuk, taik mata pun ada, mamun mamai
aku tangkap pi dekat atas ni.. okey aku admit memang cantik,
tapi aku sangat mengantuk untuk hayati pemandangan atas ni..
sebab? time ni pukul 5.30 pagi tahu! 5.30 pagi indonesia, 6.30 pagi malaysia!
lepas tu terus mandi mandi siap siap untuk breakfast..
ni lah my mom! posing depan beranda..
bilik kami memang betul betul mengadap danau tu..
nampak banyak nelayan n bot-bot dekat situ..
okey pic ni nampak over sikit..
plus gemuk di situ!
err...dan semua orang cakap "ehh dah gemuk.."
so? ada kacau anda ke? heh!
view dari atas chalet aku duduk..
oh lupa nak habaq.. tempat ni dinamakan "Danau Toba Cottage"
setelah selesai breakfast, aku pun tergoda dengan view dari restoran tu..
sangat cantik okey! nampak samosir island!
okey aku sangat adore dengan view camni..tenang je tengok kan?
huhu.. ha.. belakang tu lah samosir island, destinasi aku bakal pergi selepas breakfast nih!
ni adalah sebahagian orang yang ikut vacation ni..
oh lupa nak habaq, kesemua yang pergi ni adalah cikgu cikgu sekolah mak aku..
kira mak aku punya geng lah kan? aku ikut sebab nak sibukkan diri je..
lagipun mak ajak, aku on je! sape tak nak pergi bercuti kan? haha
okey ni view chalet aku tadi dari atas bot..
bilik aku semalam dekat situ lah! huhu
okey, aku naik bot menuju ke pulau samosir..
duration dia agak lama jugak lah..
view dalam bot.. sangat lah best sebab situ leh dikatakan agak sejuk jugak lah..
awal pagi, tepi bukit plak tu.. ye dop?
dalam bot tu kami dihiburkan oleh budak-budak bot tu..
dia menyanyi macam-macam lagu lah..
ada yang aku tau, ada yang aku xtaw..
yang aku taw lagu wali band yang abang toyyib tu, dengan poco-poco..
nasib lah aku tak poco-poco atas boat tu..hahaha..
okey seperti biasa selepas depa berkhidmat depa akan datang dengan tong meminta duit,
tapi bagi jelah kan? kesian.. janji diorang cari rezeki halal kan..
okey setelah agak 30 minit kot dalam bot,
kami sampai la jugak dekat Samosir Island,
perkampungan orang orang batak.. dekat sana banyak suku kaum..
aku aritu ingat, arini lupa plak. adeh!
okey bila dah sampai sini.. kita kena greet diorang dengan cakap "HORAS!"
apa itu horas? horas tu bahasa orang batak greet,
macam kita Selamat Datang, Welcome..
tapi diorang "Horas"
ada paham anak anak? hehe..
okey ni lah suasana dalam perkampungan tu.. kesemuanya orang batak..
orang batak ni zaman dulu adalah orang makan orang, okey sangat takut!
nasib zaman sekarang tak makan orang dah, kalau tak, sampai situ lah ajal aku.erk!
okey aku seram tengok sourviner yang macam ni..
sapa yang berani beli letak dalam rumah aku xtaw la.. haih seram!
okey sudah sampai di Huta Siallangan..
hehe sebut buat2 macam paham makna.. padahal satu apa tak paham!
suasana kampung dekat situ..
rumah sangat la comel sebab pintu rumah dia lagi la comel..
sangat kecillll sekali!
belakang tu lah rumah raja dia dulu..
tempat raja, tempat penjara, tempat kandang.. semua situ..
sangat bes kan? hehe
cara-cara pembunuhan orang zaman dulu dekat pulau ni..
cara dia memang sangat la kejam..
okey selepas habis dekat situ.
kami pergi ke pulau tomok pulak,
opss bukan tomok newboyz, bukan tomok oiam, tapi pulau tomok okey!
pulau tomok ni pun dekat pulau samosir jugak..
tugu di pulau tomok..
dekat pulau tomok ni kami dengar sejarah sejarah tentang raja zaman diorang dulu..
sangat historical!
diberi penerangan tentang raja.. raja diorang beragama kristian..
nampak tanda salib besar tu?
kebayakan orang batak dekat pulau samosir ni adalah kristian.
ni view dalam pasar dekat situ.. sangat crowded sebab diorang pun tengah cuti..
lepass tu kitorang pun bergerak ke Brastagi dan bye bye kepada Danau toba..
perjalanan ke brastagi adalah selama 4 JAM okey..
brastagi tu adalah tempat tanah tinggi dekat sana..
macam kita ada Cameron Highland, depa ada Brastagi..
dalam perjalanan ke Brastagi tu view dari bus aku hanyalah macam ni je
sangat cantik kan? memang aku tengok vieww ni je dalam perjalanan..
tapi sangat seram okey! sebabnya adalah jalan bukit situ sangat kecik!
kecik dari otak burung unta!
kalau selisih dengan kenderaan lain! MasyaAllah! sangat takut..
sebab sipi sipiii je nak masuk gaung, then jalan bukit sana takde devider jalan..
teros teros gaung je.. kalau excident tros bye byee lah jawabnye!
nasib driver-driver dekat sini pro..pheuuw!
dalam otw ke Brastagi,
bus stop dulu untuk minum Teh Halia
dia Simarjarunjung..
dekat situ Teh Halia tu di combokan dengan goreng pisang,
aku tak minum teh halia sebab tak suka, so aku makan goreng pisang je.. huhu
bakso, satey bakar.. merata-rata ada..
view macam ni selalu tengok dalam sinetron indonesia kan? hehe..
then selepas sejam dalam bus, diorang singgah di tempat nama
Air Terjun Sipiso piso.. okey nama tempat ni agak kelakar..hehe
air terjun ni adalah di kabanjahe.
time ni dah rasa sejuk-sejuk bukit tinggi dah..
belakang tu masih danau toba lagi..
setelah layan mata denga view air terjun tu..
kami meneruskan destinasi kami ke Brastagi lagi..
setelah 2 JAM camti baru lah sampai..
sampai je teros kami ke pasar buah..
buah buahan dekat sini leh dikatakan fresh jugak la..
tambah fresh bila kat situ banyak gila taik kuda!
asal jalan jumpak taik kuda! heh! mencik,.. hahah
tapi kan dekat situ sedap ooo jagung rebus..
tak sama rasa jagung rebus dekat pasar malam kamunting (tbe2)..
sampai hotel pown agak malam..
sooo apa lagi! bantal memanggil2.. tido lah jawabnya!
NANTIKAN SAMBUNGAN DI PART TWO !
1 comment:
Hi..salam..
Thank u so much dah menggunakan jasa Fantasy Holidays..
Sampai jumpa di trip selanjutnya satu Indonesia with Fantasy Holidays..
Our Promo Hot Package 2017 "Lombok"
Contact us :
www.fantasyholidays.net
fantasyhol@gmail.com
nidya.dpm@gmail.com
Wa: +6281370644154
Post a Comment