Wednesday, February 12, 2014

Bubu Miu Miu, Kucingku sayang.

Assalamualaikum!

antara pembaca pembaca dalam blog ni mesti pernah terperasan aku pernah post pasal nak bela kucing kan? yeayyy impian aku tu dah tercapai! wuhuu..
so sekarang ni aku dah membela seekor kucing yang comel yang aku namakan dia "Bubu Miu Miu".. kenapa bubu miu miu? sebab warna dia kelabu so panggil bubu.. aku selalu bubuh nama kucing aku mengikut kaler pada kucing tersebut.. so nak menampakkan trendy dia diantara dengan kucing yang lain yang bernama trenddy seperti chichi, mimie, gucci, miky, so aku tambah la miu miu, baru la dia tak terasa dikampungkan sangat.. hehe..

ni gambar masa mula mula jumpa dia.. dia sekarang tinggal dua beradik je.. sebab yang lain bapak dia dah makan.. so aku decide ambik dia sekor..




masa bawa balik tu memang tengok dia macam kemurungan sikit.. tekepit je bawah ketiak aku.. aku pun pelik kenapa kucing ni macam murung je.. maybe dia rindu adik n mak dia kut.. time tu aku rasa macam serba salah.. dah la kena bagi dia susu.. nak suap susu pun bukan mudah.. aku rasa macam jaga baby dah.. bagun pagi buat susu semua


ini adalah kediaman 3 bintang bubu..  aku bela bubu ni dalam bilik.. kandang dia berhadapan dengan katil aku.. maybe ramai orang cakap tak hygine bela kucing dalam bilik tidur kan.. tapi nak buat macam mana, aku menyewa, ramai menyewa dalam rumah tu.. kang takut orang yang tak suka kucing tarik muka pulak.. so aku biar dia dalam bilik aku..





aku bagi bubu minum susu pakai syringe, sebab aku beli botol susu dia tak reti minum.. jenuh aku suap dia buat derk je, last last aku pakai syringe, senang dia minum.. tapi tak kenyang.. lepas tu aku ajar dia makan wet food, lepas je dia makan wet food, dia dah serasi dengan bilik aku ni, perghh rupanya kemain aktif gila, tak larat aku nak kawal wey... dah la suka gigi ibu jari aku, dah macam toyol.. haha.. pastu suka main cakar cakar, macam anak rimau.. aku panggil dia sekarang anak rimau sebab garang gilaaa !



gambar passport tunjuk lidah :P


sekarang ni dia dah pandai makan kibble, aku belikan kibble Royal canin yang babycat punya untuk bubu sebab jenis Royal canin ni elok untuk kucing.. walaupun mahal, tapi aku nak bubu sihat dan kuat selalu! semoga semakin gemok ye sayang.. perabih la makanan sampai obesiti pun takpe, mamy redha :P


aloo aloo takyah posing manja sangat bubu.. rasa nak gigitttttt je.. hehehe.. bubu cepat la besar.. tak sabar nak tengok bubu gemok and besar, nak gomoi macam teddy bear la

semoga bubu gemok macam kucing bawah ni tau, nak bawak masuk tidur hari hari buat bantal peluk :P !!!!



bawah ni video bubu and mamy :)

video

video