Wednesday, September 17, 2014

kisah demam denggi dan cara rawatan demam denggi

assalamualaikum..

wahh belog berwajah baru, putih bersih suci murni.. hehe okey hari ni aku nak share pasal pegalaman kena deman denggi haritu.. ya Allah serius rasa tak sanggup nak hadap pasal demam tak kebah kebah..

hari pertama, mula mula aku demam time malam malam je, pastu time siang okey.. pastu esok tu aku terus demam direct, aku ingat aku demam biasa je, aku pun pergi la klinik, doc cek memang demam.. dia pun bagi la ubat panadol, antibiotik segala gala tu..

hari kedua, still tak kebah and aku total teruk satu hari tu.. aku tido lebih dari 18jam.. tidooo je kerja aku, suami aku pun pelik dengan keadaan aku time tu.. dia paksa mandi, minum 100plus semua.. tapi bab makan memang aku tak lalu langsung.. asyik muntah je

hari ketiga, aku pi klinik balik sebab nak ambik mc... klinik tu cek dia cakap demam biasa lagi.. aku pun redhaa jelah.. ambik ubat, ambik mc.. balik rumah tido.. demam still tak berubah lagi tapi tido malam aku start xsenang duduk, kepala hadap depan kipas pun rasa panas.. berpeluh peluh tido.. siap marah laki aku lagi tido rapat2.. last2 laki aku tido bawah atas lantai.. wahahah..

hari keempat, aku pergi kerja.. malas nak layan demam lama2.. tapi agak terasa la seram sejuk seram sejuk demam.. tapi aku buat tak layan.. then aku perasan kat tangan aku ada bintik bintik merah.. cam gambo bawah ni.. aku risau gak tapi malas nak layan sangat sakit ni.. sebab bila aku pegang tangan aku rasa sengal sengal.. akak opis aku cakap maybe aku alergic ubat antibiotik.. aku pun iyekan aje.. malas nak pikir.. balik rumah laki aku ajak pi klinik lagi.. tapi klinik lain pulak.. sebab klinik 1st aku pi kat bandar tun hussein onn tu macam malas nak cek je.. ceh!
malam tu kami pi klinik dekat cheras perdana.. actually dua2 dekat dengan rumah aku.. aku pergi cek, dok cakap tak berapa demam dah.. aku tunjuk tangan aku ni.. dia tekan2 then dia cakap " saya ambik darah awak sikit" aku pun angguk jela.. then lepas tu dia cakap "awak suspect denggi ni.. esok kami call untuk ambik result blood test awak ni" aku pun balik dengan muka cuak.. laki aku pun beli lagi berbotol air 100plus yang setiap kali aku demam mesti dia belikan tu.. ngeh3


hari kelima, aku cuti pasal dapat mc dari klinik semalam.. tengah hari tu nurse call suruh aku ambik result dekat klinik dia.. aku pun pergi dengan pantasnyaa.. "ni result awak, lepas ni awak kena pergi refer hospital, bawak surat ni" aku pun tanya soalan bengap "saya kena denggi ke?" nurse tu pun kerut dahi.. "ye, awak tengok la result awak" dalam hati aku.. cehhh nurse ni ingat aku paham ke tulisan doc dia ni.. satu haram aku tak faham sebenornye.. hahaha.. aku dengar refer hospital tu aku agak cuak la.. pasal aku takut admit.. seumur hidup aku tak pernah lagi kena tahan wad.. masuk hospital tu pun sekali la kena tahan tapi tak masuk wad, duk kat katil emergency je masuk air pasal keracunan makanan.. ade la dalam 4 jam kot.. ini denggi kompem kena tahan lama.. ahh sudah! 

aku pun call la suami aku, cakap kena pi hospital.. dia pun sepantas kilat la balik dari office dia dari putra height ke rumah kami dekat tun hussein onn.. lepas tu kami terus direct pergi hospital KPJ dekat kajang.. tapi masyaAllah ramai gilee weh orang.. jenuh menuggu je jumpa pakar.. then lepas dah test lagi blood test, masuk bilik pakar, dia tunjuk result dekat screen dia " awak punya palet rendah ni.. nampaknya kami kena tahan awak.. sama ada sekarang ataupun malam ni.. sebab bilik tengah penuh" aku pun macam ohh maii goddd! nak nanges.. tak pernah hayat tido sepital ni weh..

then aku keluar buat muka cuak dekat laki aku.. laki aku pun cakap takpe laa duk hospital.. janji sihat.. hmmm dan nurse tu terus bagi aku slip2 amenda ntah suruh pi daftar bilik kat bawah.. bilik dah ada.. aku pun balik rumah amek segala gala baju yang selesa... yela klinik swatsa.. mano ado baju sepital.. so duduk pakai baju sendiri..

masa masuk wad aku tu pun aku rase bosan melanda dah.. aku dapat bilik yang satu bilik duk dua orang tu.. sebelah katil aku tu aunty cina.. dia pun kena denggi jugak.. dia cakap satu floor ni boleh dikatakan kena denggi.. wahh ramai gak kena denggi.. bukan dahku sorang je.. hehe.. then bermula la penginapan 4 hari 3 malam aku di hospital KPJ T_T





sepanjang aku dekat hospital tu, hari hari ambik blood test.. sampai tangan aku dah lebam dah.. biru2 ungu semua ada kaler kat tempat cucuk tu...okey malas cerita panjang pasal penginapan aku dekat KPJ tu.. ni list aku nak share kalo cara berubat kena denggi macam mana..



Tips sembuhkan demam denggi
1. Minum air 100plus edge yang takde gas tu.. aku sepanjang duk kat hospital 4 botol aku minum satu hari 100plus edge tu.. tapi memang banyak kali kencin la.. tapi esok tu result aku terus naik tinggi and terus boleh keluar hospital.. trust me!


2. Makan sup ketam.. memang ini dokter suggestkan aku makan.. tapi disebabkan aku elergik seafood masa kecik kecik so ketam memang aku tak pernah sentuh.. so bila mak aku buat and bawak sup ketam pun aku tak boleh telan dengan jayanya.. siap menangis2 sambil makan.. drama sungguh dahku ! haha



3. Jus daun betik.. doc suggestkan aku minum jus daun betik ni.. tapi aku rasa macam scary.. so aku tak bagi mak aku buatkan.. tapi korang boleh la test.. memang 100% doc aku suggestkan..



so ini sebanyak menda yang aku tahu untuk cara merawat demam denggi.. so boleh try ye bila dah terkena tu.. sekian wassalam :)

Thursday, July 10, 2014

Center tulisan dalam Instagram

Assalamualaikum..

sebelum ni korang buat bio dekat instagram korang tu, dia akan jadi semua ke kiri kan? so camne nak centerkan ayat kita tu jadi cantik je kat tengah2 macam ni.. oh btw ni instagram aku, meh la follow, meh laa.. search nama einasakinah
http://instagram.com/einasakinah/
(ceh sempat promot visit my ig -_-)


so sini aku nak tunjuk cara cara dia.. senang je.. korang kena bukak kat website instagram pakai pc/leptop.. pakai fon aku tak explore lagi boleh ke tak,
just taip macam kat bawah ni aku buat


kena ada petak petak tu.. so kita paste la cantik2 bagi macam center macam aku buat tu.. then tekan submit je.. siap! example macam dekat bawah ni..

⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀

okey done, bye!

Thursday, July 3, 2014

senarai movie thriller best best

Assalamualaikum..

weyy lama benor tak update blog ye.. biase la cuti kawen.. hehe tapi harini bukan nak cerita pasal perkahwinan aku.. sebab gambar pun tak siap lagi dari mr photographer..

sebenarnya aku ni suka layan movie tapi lately ni jarang tengok wayang.. aku suka tengok streaming online, tak suka download disebabkan kalo aku download pun aku memang akan layan movie sekali je. lepas tengok tu tak ulang dah kecuali kalau astro main banyak kali kat tv aku tengok la.. hehe..

actually genre movie faveret aku adalah thriller, horror, psycho.. horror tu tak la bermaksud cerita hantu, aku suka tengok cerita hantu tapi lepas tu takut, hehe.. aku suka cerita macam saiko saiko, bunuh, siasat pembunuh, senang cerita, movie yang banyak main emosi dan suspen.. gituwww... sorry cerita jiwang not my taste.. haha so sesiapa yang ada taste sama dengan aku, aku nak bagi nama tajuk movie yang aku suka tengok dekat korang, so korang boleh search online dan tengok streaming.. full HD baq hang.. pasal movie omputih kan.. ni senarai movie yang best best dari padangan aku..

1. The Call


















2. Crush


















3. Home sweet home


















4. You're Next


















5. 13 sins


















6. Mischief Night


















7. House at the end of the street


















8. Anna


















9. The cabin in the woods


















10. Chained


















11. Maniac


















12. Excision



















okey cerita yang aku listkan ni antara movie movie dari tahun 2012 hingga ke 2014 je.. kalau dari tahun 1990, mati la mak nakkk sebab nak listkan.. jenuh.. hehe so mari ramai2 layan movie suspen.. baru la otak berfungsi sikit kan.. ni asyik bercinta je.. bosannyeeeee.. hehe..

lepas tengok tengok cerita kat atas ni mesti kita akan lebih berhati hati, nak jalan sorang2 pun dah takut, haha..

bye2

Thursday, April 10, 2014

One Step Closer

Assalamualaikum,

insyaAllah lagi 22 hari lagi aku bakal menjadi isteri kepada Roshidi Sulaiman.
sungguh tak aku sangka pada tahun 2014 ni akhir pembujangan aku. ecewah.. hehe.. tapi kita yang merancang, Allah juga menentukan..

bercinta sudah 7 tahun, orang ramai tak percaya.. selalunya kapel lama2 ni tak lama, mesti putus jugak.. tapi aku n dia tetap jaga hubungan ini dengan baik..
sebab kami bercinta pun tak macam bercinta sangat.. bukan hari hari nak loving loving sangat.. buat macam kawan.. dia la kawan aku, dia la tempat aku nak mengadu dan minta pendapat.. and paling penting dia la musuh aku.. asyik gaduh je.. tapi kami gaduh sekejap je, pastu berbaik balik.. sebab masing masing banyak cakap.. buka mata je terus mesej sampai la malam nak tido baru stop mesej.. kawan kawan aku sampai tanya, apa yang hampa mesej? tak jemu ke hari hari mesej? ntah.. bagi aku tak pun..

ingat lagi masa time Jan 2007, first time dia tengok aku dekat bowling taiping, time tu mengorat mengorat pun aku tak layan.. bajet sombong sangat la time tu.. pastu dia minta no aku dekat kawan dia iaitu budak sekelas aku.. sejak dari tu dia dok mesej aku, aku tiba tiba terlayan pulak (gediks sangat).. haha tapi kawan tak lama, 9 Feb 2007 terus officially couple gitu walaupun aku tak pernah jumpa muka dia depan depan.. dia je tahu muka aku camne.. tapi zaman tu zaman gedik, so aku on je.. haha.. gituu..

pastu time tu bercinta pun kayuh basikal sama sama pergi perhentian bus naik bus pergi taiping, sebab tempat kami kat kamunting tu takde mall, so pergi la taiping jalan jalan dalam mall, walaupun mall nye time tu the store je.. muhehehe... pastu sanggup menapak ke taman tasik taiping yang berapa KM entah dari bus stand.. tapi time tu sanggup je jalan..

pastu dah advance sikit dia beli moto, aku pun dapat moto dari mak aku lepas aku habis SPM sebab senang nak further study ada transport.. time tu pun aku ada lesen moto and kereta dah.. so time tu senang sikit la bergerak ada moto.. hujan panas redah je.. dating punya pasal..

lepas habis aku study je kolej, dapat kereta kakak aku sebab dia beli kereta lain.. weh time tu rasa habis best dah bawa viva tu.. walaupun mak aku yang bayar, lagi la best dating tak kena hujan panas..

tapi dating dating pun tak pernah mak aku tahu aku pergi dating, disebabkan aku ni dilarang keluar rumah langsung, kalau nak keluar pun membe mai ambik depan rumah.. so sabtu and ahad jangan harap jumpa muka aku di shopping complex ye.. time time dating aku semua time mak aku pergi keje (mati kalo mak aku baca ni) hehehee

dan sekarang ni dah selesa dah.. masing masing kerja dekat selangor, ada kereta sendiri, gaji sendiri.. so mak aku pun dengan lembut hati bagi green light untuk ke alam seterusnya.. Alhamdulilah..

so dengan ini aku menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk datang ke majlis kami di Dewan Kamunting, Perak pada 4 Mei 2014..
semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis kami dan diucapkan ribuan terima kasih





Wednesday, February 12, 2014

Bubu Miu Miu, Kucingku sayang.

Assalamualaikum!

antara pembaca pembaca dalam blog ni mesti pernah terperasan aku pernah post pasal nak bela kucing kan? yeayyy impian aku tu dah tercapai! wuhuu..
so sekarang ni aku dah membela seekor kucing yang comel yang aku namakan dia "Bubu Miu Miu".. kenapa bubu miu miu? sebab warna dia kelabu so panggil bubu.. aku selalu bubuh nama kucing aku mengikut kaler pada kucing tersebut.. so nak menampakkan trendy dia diantara dengan kucing yang lain yang bernama trenddy seperti chichi, mimie, gucci, miky, so aku tambah la miu miu, baru la dia tak terasa dikampungkan sangat.. hehe..

ni gambar masa mula mula jumpa dia.. dia sekarang tinggal dua beradik je.. sebab yang lain bapak dia dah makan.. so aku decide ambik dia sekor..




masa bawa balik tu memang tengok dia macam kemurungan sikit.. tekepit je bawah ketiak aku.. aku pun pelik kenapa kucing ni macam murung je.. maybe dia rindu adik n mak dia kut.. time tu aku rasa macam serba salah.. dah la kena bagi dia susu.. nak suap susu pun bukan mudah.. aku rasa macam jaga baby dah.. bagun pagi buat susu semua


ini adalah kediaman 3 bintang bubu..  aku bela bubu ni dalam bilik.. kandang dia berhadapan dengan katil aku.. maybe ramai orang cakap tak hygine bela kucing dalam bilik tidur kan.. tapi nak buat macam mana, aku menyewa, ramai menyewa dalam rumah tu.. kang takut orang yang tak suka kucing tarik muka pulak.. so aku biar dia dalam bilik aku..





aku bagi bubu minum susu pakai syringe, sebab aku beli botol susu dia tak reti minum.. jenuh aku suap dia buat derk je, last last aku pakai syringe, senang dia minum.. tapi tak kenyang.. lepas tu aku ajar dia makan wet food, lepas je dia makan wet food, dia dah serasi dengan bilik aku ni, perghh rupanya kemain aktif gila, tak larat aku nak kawal wey... dah la suka gigi ibu jari aku, dah macam toyol.. haha.. pastu suka main cakar cakar, macam anak rimau.. aku panggil dia sekarang anak rimau sebab garang gilaaa !



gambar passport tunjuk lidah :P


sekarang ni dia dah pandai makan kibble, aku belikan kibble Royal canin yang babycat punya untuk bubu sebab jenis Royal canin ni elok untuk kucing.. walaupun mahal, tapi aku nak bubu sihat dan kuat selalu! semoga semakin gemok ye sayang.. perabih la makanan sampai obesiti pun takpe, mamy redha :P


aloo aloo takyah posing manja sangat bubu.. rasa nak gigitttttt je.. hehehe.. bubu cepat la besar.. tak sabar nak tengok bubu gemok and besar, nak gomoi macam teddy bear la

semoga bubu gemok macam kucing bawah ni tau, nak bawak masuk tidur hari hari buat bantal peluk :P !!!!



bawah ni video bubu and mamy :)

video

video