Wednesday, September 17, 2014

kisah demam denggi dan cara rawatan demam denggi

assalamualaikum..

wahh belog berwajah baru, putih bersih suci murni.. hehe okey hari ni aku nak share pasal pegalaman kena deman denggi haritu.. ya Allah serius rasa tak sanggup nak hadap pasal demam tak kebah kebah..

hari pertama, mula mula aku demam time malam malam je, pastu time siang okey.. pastu esok tu aku terus demam direct, aku ingat aku demam biasa je, aku pun pergi la klinik, doc cek memang demam.. dia pun bagi la ubat panadol, antibiotik segala gala tu..

hari kedua, still tak kebah and aku total teruk satu hari tu.. aku tido lebih dari 18jam.. tidooo je kerja aku, suami aku pun pelik dengan keadaan aku time tu.. dia paksa mandi, minum 100plus semua.. tapi bab makan memang aku tak lalu langsung.. asyik muntah je

hari ketiga, aku pi klinik balik sebab nak ambik mc... klinik tu cek dia cakap demam biasa lagi.. aku pun redhaa jelah.. ambik ubat, ambik mc.. balik rumah tido.. demam still tak berubah lagi tapi tido malam aku start xsenang duduk, kepala hadap depan kipas pun rasa panas.. berpeluh peluh tido.. siap marah laki aku lagi tido rapat2.. last2 laki aku tido bawah atas lantai.. wahahah..

hari keempat, aku pergi kerja.. malas nak layan demam lama2.. tapi agak terasa la seram sejuk seram sejuk demam.. tapi aku buat tak layan.. then aku perasan kat tangan aku ada bintik bintik merah.. cam gambo bawah ni.. aku risau gak tapi malas nak layan sangat sakit ni.. sebab bila aku pegang tangan aku rasa sengal sengal.. akak opis aku cakap maybe aku alergic ubat antibiotik.. aku pun iyekan aje.. malas nak pikir.. balik rumah laki aku ajak pi klinik lagi.. tapi klinik lain pulak.. sebab klinik 1st aku pi kat bandar tun hussein onn tu macam malas nak cek je.. ceh!
malam tu kami pi klinik dekat cheras perdana.. actually dua2 dekat dengan rumah aku.. aku pergi cek, dok cakap tak berapa demam dah.. aku tunjuk tangan aku ni.. dia tekan2 then dia cakap " saya ambik darah awak sikit" aku pun angguk jela.. then lepas tu dia cakap "awak suspect denggi ni.. esok kami call untuk ambik result blood test awak ni" aku pun balik dengan muka cuak.. laki aku pun beli lagi berbotol air 100plus yang setiap kali aku demam mesti dia belikan tu.. ngeh3


hari kelima, aku cuti pasal dapat mc dari klinik semalam.. tengah hari tu nurse call suruh aku ambik result dekat klinik dia.. aku pun pergi dengan pantasnyaa.. "ni result awak, lepas ni awak kena pergi refer hospital, bawak surat ni" aku pun tanya soalan bengap "saya kena denggi ke?" nurse tu pun kerut dahi.. "ye, awak tengok la result awak" dalam hati aku.. cehhh nurse ni ingat aku paham ke tulisan doc dia ni.. satu haram aku tak faham sebenornye.. hahaha.. aku dengar refer hospital tu aku agak cuak la.. pasal aku takut admit.. seumur hidup aku tak pernah lagi kena tahan wad.. masuk hospital tu pun sekali la kena tahan tapi tak masuk wad, duk kat katil emergency je masuk air pasal keracunan makanan.. ade la dalam 4 jam kot.. ini denggi kompem kena tahan lama.. ahh sudah! 

aku pun call la suami aku, cakap kena pi hospital.. dia pun sepantas kilat la balik dari office dia dari putra height ke rumah kami dekat tun hussein onn.. lepas tu kami terus direct pergi hospital KPJ dekat kajang.. tapi masyaAllah ramai gilee weh orang.. jenuh menuggu je jumpa pakar.. then lepas dah test lagi blood test, masuk bilik pakar, dia tunjuk result dekat screen dia " awak punya palet rendah ni.. nampaknya kami kena tahan awak.. sama ada sekarang ataupun malam ni.. sebab bilik tengah penuh" aku pun macam ohh maii goddd! nak nanges.. tak pernah hayat tido sepital ni weh..

then aku keluar buat muka cuak dekat laki aku.. laki aku pun cakap takpe laa duk hospital.. janji sihat.. hmmm dan nurse tu terus bagi aku slip2 amenda ntah suruh pi daftar bilik kat bawah.. bilik dah ada.. aku pun balik rumah amek segala gala baju yang selesa... yela klinik swatsa.. mano ado baju sepital.. so duduk pakai baju sendiri..

masa masuk wad aku tu pun aku rase bosan melanda dah.. aku dapat bilik yang satu bilik duk dua orang tu.. sebelah katil aku tu aunty cina.. dia pun kena denggi jugak.. dia cakap satu floor ni boleh dikatakan kena denggi.. wahh ramai gak kena denggi.. bukan dahku sorang je.. hehe.. then bermula la penginapan 4 hari 3 malam aku di hospital KPJ T_T





sepanjang aku dekat hospital tu, hari hari ambik blood test.. sampai tangan aku dah lebam dah.. biru2 ungu semua ada kaler kat tempat cucuk tu...okey malas cerita panjang pasal penginapan aku dekat KPJ tu.. ni list aku nak share kalo cara berubat kena denggi macam mana..



Tips sembuhkan demam denggi
1. Minum air 100plus edge yang takde gas tu.. aku sepanjang duk kat hospital 4 botol aku minum satu hari 100plus edge tu.. tapi memang banyak kali kencin la.. tapi esok tu result aku terus naik tinggi and terus boleh keluar hospital.. trust me!


2. Makan sup ketam.. memang ini dokter suggestkan aku makan.. tapi disebabkan aku elergik seafood masa kecik kecik so ketam memang aku tak pernah sentuh.. so bila mak aku buat and bawak sup ketam pun aku tak boleh telan dengan jayanya.. siap menangis2 sambil makan.. drama sungguh dahku ! haha



3. Jus daun betik.. doc suggestkan aku minum jus daun betik ni.. tapi aku rasa macam scary.. so aku tak bagi mak aku buatkan.. tapi korang boleh la test.. memang 100% doc aku suggestkan..



so ini sebanyak menda yang aku tahu untuk cara merawat demam denggi.. so boleh try ye bila dah terkena tu.. sekian wassalam :)

14 comments:

Nur Inani said...

jus pucuk betik? first time dengar ni :)

Eina Sakinah said...

jus daun betik yunk.. a'ah sy pun 1st time dengar masa kat sepital tu.. hehee

isabella idura said...

Siannya.. ok nanti awak pergi kat link bawah ni ok? sebab saya dah masukkan nama awak dalam liebstar award!! have fun!

http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/liebstar-awards-dapat-award-kah-saya.html

isabella idura said...

Siannya.. ok nanti awak pergi kat link bawah ni ok? sebab saya dah masukkan nama awak dalam liebstar award!! have fun!

http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/liebstar-awards-dapat-award-kah-saya.html

Kasih Lestari said...

yup sup ketam nipah dan jus pucuk betik bagus untuk pulih denggi

Jemput tinggalkan url blog anda untuk di blogwalking dengan cara sertai segmen

http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html

Norhasniza Khalid said...

salam kenal dari mamaniza.com

singgah dari kelab blogger abg ben... :)

Mummy Rose said...

Salam singgah dn follow sini...
Jemput singgah http://chocowrappergift.blogspot.com/

Mia Kassim said...

Bahaya demam denggi ni. Alhamdulillah dah sembuh. Thanks kongsi petua tu :)

radin siti aisyah said...

saya suke sup ketam tu..tak demam pun layan jugak..ehe..apepun take care ye..done follow awak tau..

http://ummiammararif.blogspot.com/

Hani Suryani said...

Alahai..kesiannya..

Salam perkenalan dear..

Done follow..sudi-sudilah singgah dan follow blog Hani

www.hazamiesouq.blogspot.com

Adinda Kekanda said...

Salam.. jemput singgah blog..
jum fllow :)

https://adindasygkekanda91.blogspot.com

E'in said...

einaaaaaaaaaaaaaaa.. lame xdgr kabar bite.. huhu.. rindu!! hope sehat2 je okay.. :)

Eina Sakinah said...

rinduuuuuu ein jugak!! tu laa lame benor xupdate blog nii

NJihe.am said...

Salam singgah, saya pun pernah kena demam denggi ni. Memang doktor sarankan 100plus. Mula-mula memang minum nak muntah, tapi lama2 ok je..
terjah sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...