Thursday, April 10, 2014

One Step Closer

Assalamualaikum,

insyaAllah lagi 22 hari lagi aku bakal menjadi isteri kepada Roshidi Sulaiman.
sungguh tak aku sangka pada tahun 2014 ni akhir pembujangan aku. ecewah.. hehe.. tapi kita yang merancang, Allah juga menentukan..

bercinta sudah 7 tahun, orang ramai tak percaya.. selalunya kapel lama2 ni tak lama, mesti putus jugak.. tapi aku n dia tetap jaga hubungan ini dengan baik..
sebab kami bercinta pun tak macam bercinta sangat.. bukan hari hari nak loving loving sangat.. buat macam kawan.. dia la kawan aku, dia la tempat aku nak mengadu dan minta pendapat.. and paling penting dia la musuh aku.. asyik gaduh je.. tapi kami gaduh sekejap je, pastu berbaik balik.. sebab masing masing banyak cakap.. buka mata je terus mesej sampai la malam nak tido baru stop mesej.. kawan kawan aku sampai tanya, apa yang hampa mesej? tak jemu ke hari hari mesej? ntah.. bagi aku tak pun..

ingat lagi masa time Jan 2007, first time dia tengok aku dekat bowling taiping, time tu mengorat mengorat pun aku tak layan.. bajet sombong sangat la time tu.. pastu dia minta no aku dekat kawan dia iaitu budak sekelas aku.. sejak dari tu dia dok mesej aku, aku tiba tiba terlayan pulak (gediks sangat).. haha tapi kawan tak lama, 9 Feb 2007 terus officially couple gitu walaupun aku tak pernah jumpa muka dia depan depan.. dia je tahu muka aku camne.. tapi zaman tu zaman gedik, so aku on je.. haha.. gituu..

pastu time tu bercinta pun kayuh basikal sama sama pergi perhentian bus naik bus pergi taiping, sebab tempat kami kat kamunting tu takde mall, so pergi la taiping jalan jalan dalam mall, walaupun mall nye time tu the store je.. muhehehe... pastu sanggup menapak ke taman tasik taiping yang berapa KM entah dari bus stand.. tapi time tu sanggup je jalan..

pastu dah advance sikit dia beli moto, aku pun dapat moto dari mak aku lepas aku habis SPM sebab senang nak further study ada transport.. time tu pun aku ada lesen moto and kereta dah.. so time tu senang sikit la bergerak ada moto.. hujan panas redah je.. dating punya pasal..

lepas habis aku study je kolej, dapat kereta kakak aku sebab dia beli kereta lain.. weh time tu rasa habis best dah bawa viva tu.. walaupun mak aku yang bayar, lagi la best dating tak kena hujan panas..

tapi dating dating pun tak pernah mak aku tahu aku pergi dating, disebabkan aku ni dilarang keluar rumah langsung, kalau nak keluar pun membe mai ambik depan rumah.. so sabtu and ahad jangan harap jumpa muka aku di shopping complex ye.. time time dating aku semua time mak aku pergi keje (mati kalo mak aku baca ni) hehehee

dan sekarang ni dah selesa dah.. masing masing kerja dekat selangor, ada kereta sendiri, gaji sendiri.. so mak aku pun dengan lembut hati bagi green light untuk ke alam seterusnya.. Alhamdulilah..

so dengan ini aku menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk datang ke majlis kami di Dewan Kamunting, Perak pada 4 Mei 2014..
semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis kami dan diucapkan ribuan terima kasih





6 comments:

Asyiqin Marshgold said...

Best nya !!! Nak kahwin muda jugakk :p

Mie Ya said...

tahniahh sis! upload la pic kawen sis tue..hihi

Nana san said...

congratzzz eina

Nana san said...

gratzz eina

Eina Sakinah said...

thanks semua ;)

NJihe.am said...

Assalamualaikum, tahniah sis! Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat..

jemput singgah ke studioous.blogspot.com dan fbshop: facebook.com/nortacollection