Assalamualaikum..
haritu ada encik / cik anon komen saya..
tapi cik anon saya ni baik orangnya.. tak selalu anon jahat okey.. hehe
cik anon mintak saya wat tutorial sampul duit raya!
wah sangat menarik time2 bulan puasa ni kan..
dekat nak raya pulak tu.. sesuai sangat..
sebelum ni ina tak pernah try nak buat sampul duit raya..
sebelum ni pakai yang free dapat dari bank n tempat keje kan..
okey sebab en anon request, so jom buat sampul duit raya kita sendiri!
design kita boleh pilih, lagi cantik ikut kehendak kita kan?
contoh yang ina nak buat ni adalah pakai gambar ina sendiri.
tudiaa bajet retis sangat kan? hehe sekali sekala nak merasa
ada muka sendiri atas sampul.. selalu kalau sampul avon tu ada kak erra je kan..
hehe okey!
1. seperti biasa la bukak aplikasi Adobe Photoshop yang anda ada.. tak kisah la CS berapa sekali pun okey.. pastu size untuk sampul duit raya adalah
8cm x 15.5cm (width x height) sumber size dari encik google :) if tak nampak klik pada gambar okey.. dah abes setting size klik okey.. maaflah interface adobe saya semak sikit.. hiihihih :D
2. Taraaa inilah size sampul tu.. so jom design!
3. Lepas tu korang masukkan gambar, image apa korang nak atas sampul duit raya tersebut.. macam eina cakap tadi, eina letak gambar sendiri.. segedabaq besaq bak kata orang utara.. so klik gambar, hold, tarik dan drag ke atas sampul kita yang kaler putih tu tadi. kemudian resize ikut kretiviti.
4. dah siap cantik.. korang perbetul la gambar dan colour bagi cantik.. macam ina, ina tukar colour white tadi ke black sebab gambar ina ni background gelap kan.. so matchkan dengan yang belakang.. pastu eina combine tone pakai burn tools fav ina tu..
see bawah tu macam lagi hitam sikit kan.. buat je shading sendiri.. hihi..
5. kemudian kita masukkan text.. takkan nak biar kosong je kan? masukkan lah text macam selamat hari raya ke, salam aidilfitri ke, ikut suka lah kan.. macam dekat bawah ni ina buat.. tulisan yang femes amoss untuk ucapan raya macam kat bawah ni nama "Alhambra" boleh download pada website dan cara2 nya dekat tutorial ni :
Tutorial install font
kemudian masukkan la maaf zahir batin dekat bawah tu.. hihi :D
ina buat memang simple jela.. sebab tak suka lah crowded2 ni kan..
lagipun ini just tutorial.. hihi
soooo taraa! siap! hey tak sabor nak print ni !
eh lupa.. untuk belah belakang pakai size yang sama jugak tau.. hehe..
pastu letak la watermark korang sendiri k.. okey bye!
p/s : nanti print guna actual size okey.. jangan sesekali resize atau scale to fit pulak.. nanti lari pulak korang punya size sampul.. jadi size A4.. hihi
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN (wish awal2) kih3..
NOTE :)so sesiapa ada masalah tak faham atau tak jadi atau apa-apa sahaja soalanboleh la comment pada entry tersebut.. InsyaAllah eina akan balas dan ajar korang okey!________________________________________________________________________this tutorial was fully create by meEina Sakinah (www.cdiena.blogspot.com)if copy apa-apa please inform me first okey! thanks!