Tuesday, August 28, 2012

Tutorial Adobe Photoshop - Kegunaan Marquee Tool dan Lasso Tool (untuk memotong gambar)

Tutorial Adobe Photoshop dalam Bahasa Malaysia

Kegunaan Marquee Tool dan Lasso Tool  
(untuk memotong gambar)


Assalamualaikum..
Hi!
err macam mana nak mulakan ye?
banyak orang tanya.
macam mana nak potong gambar guna adobe photoshop ye?
macam mana nak bagi gambar tu potong ikut bentuk yang kita nak untuk buat header blog atau sebagainya dengan senang ye?
ngeee~

harini aku terasa rajin sangat untuk buat tutorial menggunakan 
software Adobe Photoshop.
Software Adobe Photoshop yang aku gunakan adalah version cs3
yelahh adobe photoshop ni dah banyak version!
daripada aku kecik-kecik masa tahun 2004 aku guna adobe photoshop cs je..
tak la canggih macam sekarang ni kan..
kat Malaysia dah ramai pakai cs5,
tapi software yang aku ada dan selalu guna adalah version cs3.

okey letss start!!!

kepada sesiapa yang masih takde software ni.. 
boleh la download dulu dekat mana-mana website..
boleh google je senang..
if dah install tu! leh ikut step ina ni satu persatu ye?

1. Pada desktop korang, Klik pada Start dan pilih All Program.


2. Kemudian pilih la pada perisian 
Adobe Photoshop CS3 atau apa sahaja version  anda ada. sebab semuanya lebih kurang sama sahaja cara penggunaannya.


3. Dah klik pada situ, akan terpapar lah satu antaramuka (interface) adobe photoshop anda macam di bawah ini.


4. Pilih File - Open dan pilih file gambar yang hendak anda edit.
untuk lagi satu cara mudah masukkan gambar adalah pilih pada gambar dalam folder anda simpan dan tarik sahaja (klik and drag) dari folder ke 
antaramuka adobe photoshop anda.
gambar yang eina gunakan adalah dari shutterstock.com


5 . lihat pada tools di sebelah kiri anda. seperti tool di bawah.
klik pada Marquee tools anda iaitu yang ada petak empat segi dot-dot tu.
kemudian right klik dan pilih bentuk sama ada 
Elliptical (bulat), Single column (menegak) or Rectangular (petak).

6. Bila anda sudah memilih rectangular marquee tool, 
klik pada gambar dan tarik mengikut kehendak dan kretiviti anda. seperti dibawah
(maaf gambar sedikit rosak)

7. jika anda berpuas hati, right klik dan terdapat lah setting untuk marquee tools.
Deselect : untuk hilangkan kotak select anda tadi atau lebih mudah klik Ctlr+D.
Select Inverse : untuk inverse gambar dan kemudian klik delete untuk buang gambar luar dari kotak pilihan anda.
Feather : untuk kekaburan potongan anda. lagi banyak feather makin kabur tepi border potongan anda.

8 . Cara kedua untuk potong gambar mengikut shape anda suka iaitu contoh shape butterfly, love atau shape diri anda sendiri. boleh guna tools : Lasso tools.
caranya klik pada tools yang dibawah rectangular tools tu.
 gambar macam pemotong tu..

Lasso Tools : untuk memotong gambar mengikut hala tangan sendiri.
anda boleh lukis sendiri bulat ke, petak ke, bentuk love ke. 
(seperti di bawah)


Polygonal Lasso Tools : untuk memotong gambar bentuk petak 4 segi ke 5 segi ke, senang cerita poligon la. (seperti di bawah)


Magnetic Lasso tools : tools yang eina selalu guna untuk potong gambar sebab dia akan detect bentuk lekuk atau apa sahaja pada gambar kita. mudah dan senang!

TIPS BERGUNA :  Anda tengah syok potong dengan teliti tiba-tiba sampai part tengah-tengah point potongan anda lari? macam mana? takkan nak buat balik? penat bukan? so untuk kembali pada point last kita tadi hanya klik pada button BACKSPACE pada keyboard anda! senang! :)
  

9. Dah dapat gambar dan bentuk seperti yang anda ingini, boleh la copy dan paste pada image lain yang korang nak tindih or edit.

DAH SIAP!!!
senang je kan nak edit?

so sesiapa ada masalah tak faham 
atau tak jadi atau apa-apa sahaja soalan boleh la comment pada entry ini.. 
InsyaAllah eina akan balas dan ajar korang okey!

________________________________________________________________________

this tutorial was fully create by me Eina Sakinah (www.cdiena.blogspot.com)
if copy apa-apa please inform me first okey! thankss!

23 comments:

fiffy athieyra said...

tq di atas tuto cik eina yer, boleh tak kalau kita nak copy image atas background transparent, then cut imej yang kita tak nak ..

Eina Sakinah said...

welcome kak fify :)
boleh.. cara potongan sama macam tuto yang ina buat ni, tapi cuma kena buat dekat new transparent file then copy and paste.. :)

fiffy athieyra said...

ok, tq ... nanti cik eina buat tuto lagi yer

NuR SyauQiyah said...

cik eina, macam mane pulak nak letakkan kata2 dalam gambar yg kita edit..?saya baru nak belajar..hehe tQ^^,

Eina Sakinah said...

Nur Syauqiyah : just klik pada icon 'T' dalam toolbox tu dan klik pada tengah2 gambar tu, then type dan klik pada icon tanda right :)

syuhada shah said...

tq kak eina. nak tnye copy and paste tu nak click kat mne ye?

syuhada shah said...

akak. mcm mne nak copy and paste tu ye, nak click kat mna?

Eina Sakinah said...

just tekan "CTRL pada masa yang sama klik C" pada keyboard, ataupun cara kedua klik "Edit" dan klik "Copy"..

kemudian paste pada gambar lain, dan klik "CTRL pada masa yang sama klik V" ataupun klik "edit" dan klik "paste" :)

shiro_legacy said...

wau...tutor yg simple n senang skli..sye bru amek multimedia..boleh la buat tp x la sebgus awk buat..kranya tutor awk pun mmg mudah dfhami..tau x mcm mna nk buat bunting pkai adobe illustrator??

Eina Sakinah said...

thanks ;)
yer lepas ni saya akan buat lagi tutorial yg lain.. if ade ape2 nak tny leh request sy buat tutorial ye..
adobe illustrator tu lebih kurang sama je.. set size bunting sahaja :)

Anonymous said...

salam cik eina..leh x buatkan tutorial camana nk buat sampul duit raya,masukkan gambar,buat ayat hingga siap utk printing...hehe..thanks..

Eina Sakinah said...

okey pasni saya buat ye ;)

NJihe.am said...

Salam singgah, thanks!!! luv u. Stres kerjakan photoshop ni kadang-kadang. Studioous.blogspot.com

Eina Sakinah said...

hehe luv u more! tu la.. kalau ada soalan just tell me okey ;)

Nona Sue said...

eina kalau dalam adobe illustrator c2 cm ner lak ye nak guna lasso tool..plz ajar..

Nona Sue said...

iena kalau guna adobe illustrator plak cm ner ye nak buang gambar yang kita tak nak?ajarkan plz...baru nak blaja adobe illustrator...buat2 tapi xdapat la...

Eina Sakinah said...

sorry nona sue, ina xpernah lagi pakai adobe illustrator.. tp xpe nnt ina belajar, nnt kalo dpt ina buat tutorial ya ;)

Faiza Fauzi said...

macam mane eh nak delete yg kita taknak tuu ? layer via cut tuu ke ?

Faiza Fauzi said...

Macam mane nak delete yg luar yg kite tk nak tuu eh ? layer via cut tuu ke ?

Eina Sakinah said...

Tekan Select - inverse - delete :)

Faiza Fauzi said...

terima kasih :)

Faiza Fauzi said...

delete tuu kat mne eh ? penat cari tk jmpe . hehe . lambat sikit ni . hehe .

Eina Sakinah said...

"delete" tekan atas keyboard awak tu la yang.. hehe..