Monday, December 26, 2011

Review Movie Songlap + Review Movie Satu Malam Kubur Berasap.. Plus ada cerita hangat di wayang!

Tajuk tak leh panjang lagi ke Eina oii??

Minggu lepas aku pergilah menonton wayang di IOI mall Puchong,
Lepas beli tiket, aku pun meneruskan usaha untuk membazirkan duet,
kata orang, memang kata orang la, "Eina ni kalo kuar pun mesti nak shoping!"
oh shopping dan diriku memang tak dapat di pisahkan..
umpama isi dan kuku.. eceewahh!
selepas berjaya melaburkan duet shopping di Padini,
aku pun meneruskan misi utama, tengok wayang!

movie 
SONGLAP


Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Komen aku :

1. Berdasarkan tajuk cerita ni, aku memang tak minat la nak tengok.. tapi disebabkan Shaheizy Sam aku berlakon, aku nak gak la tengok.. sebab trailer citer ni tak menarik perhatian aku pun.. hahah

2. Cerita ni banyak mengisarkan kisah muda mudi zaman sekarang, yang ada di KL.. tapi ada sikit la kelaianan dari cerita lain.. memang lain lah!

3. Seriusly masa aku tengok cerita ni dalam wayang, walaupun baru 30 minit aku tengok cerita ni, aku dah dok tengok-tengok jam.. sebab?? sebab aku rasa bosan nyerr! bila citer ni nak habeh hoi!

4. Cerita ni sebagai Movie tak best sangat la.. sebab rasa macam drama TV je :P

5. Overall, aku rasa cerita ni okeyy-okeyyy je la..

rate? 5/10



SATU MALAM KUBUR BERASAP


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? 

Review aku

1. Cerita ni tak seram, tapi banyak adegan terkejut-terkejut!! hampeh woo! yang ada heart attack jaga-jaga ye!

2. Cerita ni ala-ala macam hantu kak limah balik rumah sikit.. sebab bila aku tengok cerita ni, aku rasa macam suasana aku tengok hantu kak limah.. tapi hantu kak limah best lagi la..

3. ada part kelakar, ada part tak berapa nak kelakar.. hahha

4. lakonan Angah, Along, Azrul dan Zach menjadi.. tambah-tambah Angah, dah macam Fei Mau aku tengok.. ahahah

5. Overall, aku tak la rasa rugi sangat tengok cerita ni..

rate aku bagi? 7/10



PLUS +++
korang nak tahu satu cerita takk??? nak tak?? 
semasa aku tengok cerita Satu malam kubur berasap kan,
aku sembang bisik-bisik la dengan membe sebelah, pastu aku terpandang belakang..
nak tau apa movie aku tengok kat belakang??? movieeee 18sx! hoo makk aihhhh!!!
terkejut aku... aku nampak pasangan di belakang ber"lolipop", tak agak2 dalam wayang pown jadik!.. 
kot tak tahan sangat pi la hotel kan??
mentang-mentang seat couple,
seat tu pown clearrr sebab orang sebelah tak leh nampak..
ni kalo bercumbu aku leh tahan lagi, ni berlolipop! memang shock gila aku!!
aku terkejut, dia pun terkejut t
aku terus tengok depan balik..
pastu aku rasa cam tak cayaaa... tak kan aku berhalusinasi plak kan???
so aku pandang belakang untuk make sure apa yang aku tengok tadi tu betoi ke??
kali kedua aku pandang, perempuan tu dah angkat kepala dia letak kat dada BF dia,
sambil pandang aku tak puas hatii..
maknanya apa yang aku tengok tadi betoi la?? perghh!
dasat-dasat orang zaman sekarang!

2 comments:

E'in said...

nasib baik tak tgk cite songlap.. cinte hantu tu best ea? nanti pegi tgk laa.. huhu.. yg wat keje lolipop tu mesti bdk sekolah nie?

Eina Sakinah said...

songlap tggu kuar time raye nnt kt tv je.. hehe..
satu malam kubur brasap tu okey la.. tp xde la besttt sgt.. yg wt keje lolipop tu yg gurl muka cm budak dlm umo 19, yg laki muka tua.. around 26 taun kot.. hehe trok kan?