Tuesday, December 17, 2013

mengomel tentang diri ini.

Assalamualaikum..
oh ye harini tak berapa sihat. semalam dah seram seram sejuk macam nak demam,
pastu macam macam la badan ni rasa.. rupanya aku keracunan makanan / food poisoning.
haih aku rasa dalam tahun ni dah kerap aku kena food poisoning ni. entah kenapa. tu lah aku ni semua nak lahap je makan kan.. Asal ada makanan ngapp! tu lah badan pun dah naik.. tak macam dulu, bila tengok gambar lama lama tu aku rasa macamm ehh kurusnya! bila tengok pic sekarang, ehh gemoknya! teruss delete ~! T_T wakaka.. (gelak tak iklas sangat)

pastu sambil aku baring baring tadi kan, aku terpikirlah. bila lah aku nak makan makanan yang sihat ye?
maksud aku nutrition yang cukup la. oh FYA, sebenarnya dari kecik aku tak makan SAYUR.
ohh elergiccc gila aku bila nampak sayur, kalau makan ape ape yang bergoreng, aku mesti oder taknak sayur, kalau dah bergoreng siap aku sanggup asing asing segala sayur tu terutamanya TAUGEH. pergh taugeh ni aku sangat lah benci. kalau tergigit confirm rasa spoilllll nak makan.

pastu aku pulak suka makanan yang tak sihat contohnya, eh bukan contoh lagi, kebenarnya adalah bergorengg! dah la berminyak, junk food, and paling penting fast food. giler lah suka. kalau orang ajak "eh jom makan KFC, eh jom makan MCD, aku NEVER SAY NO. haha then pastu bila oder tu mesti nak ayam bahagian tigh dengan rib, sebab tang tu la banyak isinyee pon. pastu nak nak pulak tambah cheesy wedges. oh mak aiii.. ehh kenapa aku cerita pasal kfc lak ni? okey lari topik. haha

so tiba tiba azam aku nak masuk tahun baru ni aku nak try makan sayur and jaga pemakanan aku. dan try cuba nak kurus. sebab aim untuk tahun depan ni besar, insyaAllah naik pelamin. so kalau boleh nak pakai baju lawa lawa kan? so aku pikir kalau nak kurus bukan je jaga pemakanan, kena exercise jugak kan! tapi aku kalau exercise sekejap je mesti sempooottt.. so aku pikir sambil baring tadi, haa.. aku menari jelah. sebab dari dulu masa sekolah menengah aku ada geng tau, kami sebelum pergi sekolah mesti menari dulu. paling penting lagu spice girl! gila koo aku minat gila spice girl ni. budak zaman sekarang bukan tau. ahaha maybe sebab tu dulu aku kurus keding sebab banyak aktiviti and banyak bergerak. hari hari pergi sekolah kayuh basikal. petang pulak kayuh basikal pergi tuisyen. berat pun tak lari la 37, 38, 39. susah nak capai 40kg tu masa nak masuk kolej. bila masuk kolej jadi melemak sikit sebab pergi kolej naik moto skuter ego aku tu. leww.. pergi kedai dekat2 yang berapa ratus meter tu pon naik motoooo.. punya pemalas kan. sekarang pun sama. semua naik kereta, dekat2 pun naik kereta. pastu aku tersedar aku dah jarang bergerak dan buat aktiviti berpeluh. kalau berpeluh pun time aku buat kerja tangkap gambar. tapi takkan aku asyik nak tangkapgambar je kan? nak shoot sape pun dah tak tahu.

okey so lepas entry aku ni, azam aku tahun depan aku nak kurus! hari hari nak cucuk leptop dekat tb and pasang lagu yang banyak step! ohhhh yeah! kemon.. hahaa over pulak. k bye :)


aku ambik masa 30 minit untuk publish entry ni sebab tak tau ending ni nak letak pic ape?
jenuh godek godek folder yang ada. last last aku letak pic ni. seperti biasa kadang2 ending gambar tak de kena mengena dengan tajuk. harap tak menyampah. k bye T_T


10 comments:

poohrist said...

selamat mengurangkan mana yang tak perlu dear..
chayok chayokk :)

Liza Licha said...

salam dear. :)
singgah sini

Eina Sakinah said...

yeayy insyaAllah, memang sedang usaha ke arah itu.. haha

Eina Sakinah said...

thanks singgah sini ^_^

~Nor Arena~ said...

salam dear... jom singgah menyinggah.. heheh :)

Nasuha said...

sy pn suka sangat mkn mknn y bergoreng sehingga berat badan sy pn dh naik 10 kilo.... hehe

Eina Sakinah said...

jom.. pasni kite singgah sana plak ekk :)

Eina Sakinah said...

hahaha sama la kita!! sepppp :P

Zie Madini said...

love ur sense of style dik :)

Eina Sakinah said...

tenkiu kak, biasa2 je :) hehe