Tuesday, August 18, 2015

Pengalaman bersalin dan bersalin secara induce

Assalamualaikum,

pada tarikh 30 April 2015 bersamaan 11 Rejab 1436H aku selamat melahirkan cahayamata pertama aku di Hospital Islam Az Zahrah, Bandar Baru Bangi. Seorang bayi perempuan berat 2.75 kg. Nama pilihan aku untuk baby anje first ni adalah Nur Sofia Arissa Bt Roshidi. memang nama ni 100% aku pilih, laki aku okeykan aje.. haha.. sebab nama yang dia bagi aku tak berkenan.. puteri la ape la..


ini adalah gambar pertama sofia, fresh selepas keluar je dari dalam perut mama.. masa sofia bergambar ni aku tengah kena jahit dengan doctor, tapi aku sempat bagitau laki aku "papa, papa ambik gambar dulu.. nak sent kat group" gituwww tak menyempat aku nak bagitau family.. hahaha.. aku lahirkan sofia pada pukul 8.16 malam..

START TANDA - TANDA BERSALIN
okey aku start cerita dari mula mula dulu.. first masa 28 april kot tak silap aku, aku rasa ada air ketuban keluar sikit masa lepas habis mandi, oh fyi masa sebelum aku beranak dalam seminggu tu aku hari hari toyoh lantai bilik air, tak tau nape aku asal mandi je mesti basuh bilik air, sebabnye aku suka bau pencuci lantai tu.. so dah alang alang nak bau tu aku toyoh lantai skali.. haha pastu masa air ketuban leaking skit tu aku gabra gak la.. dah nak beranak ke aku ni? dah laa aktif dok noyoh lantai.. so aku pun gi la hospital tempat aku nak beranak iaitu Hospital Islam Az Zahrah dekat Bandar Baru Bangi.

masa sampai tu aku kaborkan ke nurse yang aku rasa ketuban aku keluar sikit.. nurse cek cek dia cakap baru 1 cm. so balik la dulu.. aku pun balik laa dengan perasaan hampa sebab bajet beranak aritu gak.. gitu punya tak sabo nak menyambut baby. haha..

30 April pagi ada darah pulak keluar.. aku pun cek google, google cakap tanda tanda bersalin, aku tanya kakak aku yang nurse pun cakap suh pi sepital cepat.. daripada aku tengah bersiap siap nak gi kerja, aku batal niat.. terus gi sepital.. siap call laki aku suh patah balik dari keje.. ajak gi sepital.. gi cek cek jalan baru 1cm lebih nak dekat 2cm.. dia suruh balik dulu.. ceh.. penat ulang alik..

pastu aku bosan kat rumah kami siap bawak kucing aku pi klinik haiwan, cucuk vaksin dulu walopon tarikh sepatutnya 3 mei.. aku takut tak sempat kalo terberanak so gi vaksin kucin dulu siap siap.. hahaha menyepat lagi tu.. lepas balik dari klinik haiwan, aku try buat air Milo + Marjerin pasal aku baca dekat tips jalan cepat buka selain berjalan, kena minum milo marjerin.. aku pun buat and minum la.. tapi rasa dia tak bleh blah.. macam pelik skit so aku tak jadi minum.. lepas tidur aku bangun nak terkencing.. alangkah tanjatnye gegurl bila tengok darah banyak keluar lagi.. so aku macam pikir nak pi ke tak nak pi ke tak? kang dia suruh balik lagi.. aih malas betul.. kalo sepital tu dekat takpe, ni jauh, parking pun penuh sebab hospital ni dekat dekat dengan shoplot..

selepas tu aku buat keputusan pergi jugak sebab mimikirkan takut terberanak dekat rumah, mampuih laki aku nak jadi bidan.. hehe.. so kami pun sampai la az zahrah.. cek balik nurse kata sama gak baru 2 cm lebih.. dia call doctor, doctor suruh balik. aku dah jadi macam.. hurmmm.. malas nak balik.. laki aku tanya pendapat kawan kawan dia.. kawan dia suruh je induce.. aku pun  macam hurm okey la induce.. nurse pun terima keputusan aku nak induce dalam keadaan redho dan pasrah. keke... tapi ramai pelik aku pilih nak induce.. sebab orang selalu sebolehnya taknak induce, sebab ramai cakap induce ni sakit.. sebab beranak paksa.

BERSALIN INDUCE
so pengalaman aku induce bagi aku tak la teruk sangat macam cerita cerita aku baca kat tempat lain.. sebab nama pun beranak. mesti la sakit.. mana ada beranak tak sakit. Masa dalam ward, nurse datang dekat pukul 3 petang cakap nak masuk ubat untuk induce.. aku pun ok la.. lepas masuk ubat.. dia cakap pukul 10 malam dia mai cek bukaan jalan.. aku relax kejap leh gelak gelak dengan laki aku, selfie dulu.. haha.. then ward aku ni satu bilik 4 orang.. aku mintak bilik single tapi tengah penuh.. nurse cakap lewat petang sikit baru dapat bilik single..


lepas je selfie selfie.. aku suruh laki aku balik ambik barang baby yang tertinggal.. semua.. time laki aku balik tu baru la aku rasa sakit sakit contraction.. tapi tahan jela sebab tau tu sakit nak beranak kan.. dan time tu jugak dalam ward aku tu ada budak katil sebelah dok pasang kartun kat tab dia.. bising gila.. aku dah la tengah tahan sakit nak beranak.. rasa macam stresssssss sangat.. lepas laki aku sampai terus aku mintak nak gak bilik single sebab tengah tahan sakit beranak + sakit kepala sebab dengar kartun tab budak sebelah ni.. hahaa.. then dalam pukul 6 lebih camtu nurse datang.. bawak wheelchair and bawak aku pi bilik single.. tapi time tu aku sakit sangat sangat macam badan terketar ketar tapi aku tahan jugak pasal mindset sakit nak beranak memang camni.. and aku terpikir nurse cakap nak datang cek jalan pukul 10 malam.. aku dok kira detik jam bila nak pukul 10.. sambil tahan sakit contraction aku baca doa nabi yunus non stop.. pastu dah pukul 7 camtu aku rasa macam tak tahan sangat sangat sampai besi katil sepital tu aku gengam kuat kuat masa contraction, aku panggil laki aku suruh panggil nurse cucuk ubat tahan sakit kat aku..

nurse pun datang cakap nak cek jalan.. pastu dia terkejut dan cakap "ehh puan dah show ni, dah bukak 9 dah.. kenapa tak panggil.. kalau lambat panggil ntah ntah beranak atas katil ni dah" pergh time tu perasaan aku tak dapat nak gambarkan macam speechless macam sengal pun ada.. pastu kelam kabut depa nak cari katil.. pastu cakap eh tak sempat.. puan naik wheelchair boleh tak? boleh tahan tak? aku cakap okey boleh je.. depa pun tolak la wheelchair pergi laboor room.. time tu dah pukul 7.30 camtu kot.

LABOUR ROOM
dalam labour room tu ada sorang bidan dok sebelah aku, and laki aku pun ada.. dia suruh laki aku tolong bukakkan tudung.. suapakan air.. pastu dia ajar cara cara nak breathing time push japgi.. aku time tu tengah sakit so tak dapat fokus bidan tu ajar.. tapi bidan tu baik sangat.. sembang banyak sangat sampai aku rasa macam haihh leganya.. relaxnya walaupun nak beranak dah.. dia cakap doctor tengah ada orang beranak kat sebelah.. so aku belajar push push dulu.. then lepas tu depa dah standby tempat aku nak beranak, kaki pun dah kena ikat naik atas.. doctor pun masuk like a bos.. gitu.. hehe pastu aku pun push push tak lepas.. push lagi.. pastu depa cakap "puan baby dah lemah.. puan kena push betul betul.." aku push pun tak lepas.. pastu depa cakap " puan kami vacum ye" aku pun macam terpinga pinga dah.. terus sluppppppp keluar seketoi.. pergh rasa macam lega lepas sembelit gitu..time tu pukul 8.16 malam.. pastu terdengar bunyi baby menangis, terus doctor letak baby atas perut aku.. time tu memang precious moment sangat tengok baby comey kecik je nangis atas badan aku.. aku jadi macam terkesima kejap antara nak senyum ke ape ke, macam blur kejap.. pastu tak sempat nak belek baby nurse dah ambik and lepas tu doctor tarik uri aku.. then dia jahit aku.. aku macam dok terpikir pikir nak tengok muka anak aku.. tadi macam tak sempat tengok sebab macam terkesima kan.. so aku suruh laki aku cepat cepat snap gambar baby.. then suami aku pun azakan baby.. lepas je doctor jahit.. nurse tunjuk baby dekat aku then cakap depa letak baby dekat nursery dekat atas... hurm time tu rasa rindu dah kat baby.. sambil relax relax lepas jahit.. aku pun wasap la berita gembira ke seluruh rakyat jelata kesayangan beta.. kekeke...

then malam tu.. tak boleh nak tidur sebab rindu baby.. aku mintak nurse bagi kat aku baby.. dia cakap takboleh sebab baby ada problem sikit.. esok baru diorang bagi.. hurmm... time tu dapat menatap gambar baby jela..

esok pagi tu suami aku balik kejap rumah tanam uri.. aku pun duk hospital sorang sorang... tiba tiba nurse hantar baby.. jengjengjeng.. aku pun jadi akward. nak pegang baby camne ek? huhu sebab aku ni anak last, tak pernah ada adik.. ada ramai anak buah tapi tak berani lagi pengang baby yang lembut masa baru lahir tu.. so bila anak sendiri ni aku beranikan diri jugak angkat dia.. lepas angkat tu dia nangis.. aku jadi macam "eh apa aku nak buat ni?" omg omg.. tak tau nak buat apa.. try bagi susu pun dia tak pandai nak isap lagi.. aku pun try la pujuk pujuk.. then dia senyap aku letak balik.. jadi macam sengal sangat weh first time ada anak.. huhu.. then aku snap snap jela pic dia sebab nak upload ke FB.. haaha



ish masa time tu rasa nak gigit je pipi.. pastu dok terpikir, macam muka mama ke papa ek? bila tanya2 orang ada kata macam mama, ada kata macam papa..
eh takpelah muka macam sape pun.. janji baby mama sihat dan kuat bagaikan juara.. hehe.. so lepas tu aku tak sabor nak balik rumah.. tak suka sebenornya nak duk sepital ni lama lama.. then doc cakap tak boleh lagi.. tunggu tengahari sikit..

lepas doctor check aku and baby semua okey.. tengahari tu boleh balik dah.. bermula lah hidup aku sebagai seorang ibu dan bermulalah saat saat berpantang yang bagi aku sangat mencaborrr.. sebab aku berpantang sendiri.. later on i stori mori about my pantang okey bebeh..




ini gambar sofia arissa masa first day.. i lebiu baby anjee !

Thursday, February 26, 2015

Pengalaman mengandung anak pertama = first trimester

Assalamualaikum..

lama dah tak berblogging ni sejak dah berkahwin ni.. hehe untuk pengetahuan korang, aku sekarang dah mengandung 7 bulan.. 30 weeks.. 3rd trimester.. ya Allah, perasaan nak jadi ibu tu sungguh teruja.. yela baby 1st kan, first time bakal jadi mommy ni.. rezeki dari Allah :)

masa first cek pregnancy test tu, aku test senyap senyap je, tak bagitau laki aku sebab takut negetif.. aku bangun subuh subuh terus cek sebab orang farmasi tu cakap kena test awal pagi means air kencing pertama la selepas bangun.. cek je terus nampak 2 line.. ya Allah perasaan bahagia tu Allah je tahu.. terus aku ambik fon and call suami aku, time tu dia pergi keje dah.. suami aku macam tak percaya tapi seronok la.. terus dia ambik cuti and balik rumah, ajak aku p klinik for confirmation.. sebab ni aku test test sendiri je..


sampai je klinik aku terus bagitau doc yang aku test pregnancy test positif, dia terus scan perut aku.. nampak la satu dot kecikk comey je dalam rahim aku.. masa time tu tengok rasa macam nak nangis.. wahahha drama sungguh.


First month pregnancy, pengalaman mengandung 1st trimester




Alhamdulillah, aku dah lepas 1st trimester dalam pregnancy ni.. time first trimester ni memang paling mengujakan.. macam tak sangka macam ni rupanya perasaan orang yang mengandung.. selalu kita tengok orang je muntah muntah loyaa semua ni.. so ni simptom simptom aku semasa 1st pregnancy.

1. Muntah muntah & loya / morning sickness

aku sejak mengandung masa 1st trimester ni memang kerap muntah macam morning sickness tu la, tapi aku ni pelik sikit sebab aku hanya muntah & loya time waktu maghrib hingga ke lewat malam.. aku tak pernah muntah pagi or petang.. start malam je mesti pening and muntah.. so morning sickness tak berlaku time morning je.. hahaha

2. Cepat terasa / touching

seriusly aku cepat touching and cepat menangis.. tak tau kenapa.. laki aku ni pulak suara kuat.. kalo dia cakap kuat sikit mesti aku terasa macam dia marah kat aku, padahal dia cakap je.. aku pun dah kenal dia lama and tau dia punya suara camne, tapi aku tetap touching.. kadang kadang aku menangis, tapi bukan nangis kuat kuat la, cuma mengalir air mata.. laki aku pun pelik.. hahaha.. yang bestnya pulak, aku layan drama pun aku nangis padahal sebelum ni aku susah nak menangis tengok drama or movie.. ni aku tengok drama yang selamat pengantin madu tu pun aku beria ia nangis macam aku pulak fasha sandha dalam citer tu.. laki aku boleh bantai gelak je -_-

3. cepat letih

aku kerja sebagai technician.. so banyak buat kerja macam lelaki la.. tapi sejak aku mengandung ni dah tak buat la keje berat berat sangat.. tapi aku still letih.. balik rumah je terus rasa weak macam lari marathon 10km

4. mengantuk

sape yang kenal aku mesti tahu yang aku tak suka tidur petang and tak reti tidur petang.. tapi sejak mengandung ni aku kuat mengantuk.. kadang kadang petang pun boleh tertidur.. malam jangan dikata la.. pukul 10 mesti dah tido.. kadang kadang pukul 9 pun dah tidur.. punya la tahap mengantuk, tengah tengok tb cerita maharajalawak mega tengah dok gelak pun boleh tidur -_-

5. tak lalu makan

aku sebelum mengandung kadang kadang makan banyak macam makan dengan saka, kadang kadang makan tak banyak.. tapi sejak mengandung ni makan mesti sikit je.. tak lalu.. bau makanan pun aku tak lalu.. yang peliknya dulu aku suka gila makan nasi ayam, tapi sejak mengandung ni aku bau nasi ayam pun dah nak muntah, tengok nasi ayam pun menyampah.. mak aku dulu sebulan sekali mesti buat nasi ayam.. satu rumah bau nasi ayam.. aku sampai rasa nak muntah migrain pening semua ada masa time bau mak aku masak nasi ayam.. pastu sejak dari tu mak aku terus tak buat nasi ayam.. haha.. kesian kat mak aku.. tapi mak aku hairan, sebab dulu aku feveret makan nasi ayam.. sekarang bau pun aku rasa nak muntah and pening.. pastu berat aku tak naik naik.. maintain 53 kg.. lepas ngandung 6 bulan baru naik 56.. doctor dah marah dah.. huwaaa

6. suka makan menda manis

aku dulu suka gak makan menda manis, masam and asam asam pun aku suka.. tapi sejak ngandung ni aku tak teringin pun asam.. suka makan menda manis macam gula gula, coklet, aiskrim.. semua yang maniss laaa, paling faveret aiskrim cornetto red velvet, hari2 nak beli :P

7. tak suka makan nasi

aku tak suka makan nasi.. tambah tambah bila malam.. lagiiii tak lalu... aku suka makan burger, sikit sikit ajak laki aku beli beger.. nasib baik laki aku ni memahami, dia layankan jela nafsu makan bini dia ni..

8. pemalas

pemalas sangat sangat weh, masak malas, basuh baju malas, lipat baju lagiii la malas.. aku selalu basuh je dalam mesin, pastu suruh laki aku sidai.. tapi bab melipat baju memang malas.. mesti amik masa 3 - 4 hari baru nak lipat.. tu pun sebab terpaksa sebab aku rimas tengok baju semak.. haha


tu je kot ape yang terjadi masa first trimester aku, pasni aku sambung 2nd trimester pulak.. tapi macam tak banyak beza sangat rasanya... ehehehe k bye bye mommiesss <3 p="">

p/s : jom baca pengalaman saya bersalin pulak :)



anak mama ni boboy ke gegurl? hihi 




Wednesday, September 17, 2014

kisah demam denggi dan cara rawatan demam denggi

assalamualaikum..

wahh belog berwajah baru, putih bersih suci murni.. hehe okey hari ni aku nak share pasal pegalaman kena deman denggi haritu.. ya Allah serius rasa tak sanggup nak hadap pasal demam tak kebah kebah..

hari pertama, mula mula aku demam time malam malam je, pastu time siang okey.. pastu esok tu aku terus demam direct, aku ingat aku demam biasa je, aku pun pergi la klinik, doc cek memang demam.. dia pun bagi la ubat panadol, antibiotik segala gala tu..

hari kedua, still tak kebah and aku total teruk satu hari tu.. aku tido lebih dari 18jam.. tidooo je kerja aku, suami aku pun pelik dengan keadaan aku time tu.. dia paksa mandi, minum 100plus semua.. tapi bab makan memang aku tak lalu langsung.. asyik muntah je

hari ketiga, aku pi klinik balik sebab nak ambik mc... klinik tu cek dia cakap demam biasa lagi.. aku pun redhaa jelah.. ambik ubat, ambik mc.. balik rumah tido.. demam still tak berubah lagi tapi tido malam aku start xsenang duduk, kepala hadap depan kipas pun rasa panas.. berpeluh peluh tido.. siap marah laki aku lagi tido rapat2.. last2 laki aku tido bawah atas lantai.. wahahah..

hari keempat, aku pergi kerja.. malas nak layan demam lama2.. tapi agak terasa la seram sejuk seram sejuk demam.. tapi aku buat tak layan.. then aku perasan kat tangan aku ada bintik bintik merah.. cam gambo bawah ni.. aku risau gak tapi malas nak layan sangat sakit ni.. sebab bila aku pegang tangan aku rasa sengal sengal.. akak opis aku cakap maybe aku alergic ubat antibiotik.. aku pun iyekan aje.. malas nak pikir.. balik rumah laki aku ajak pi klinik lagi.. tapi klinik lain pulak.. sebab klinik 1st aku pi kat bandar tun hussein onn tu macam malas nak cek je.. ceh!
malam tu kami pi klinik dekat cheras perdana.. actually dua2 dekat dengan rumah aku.. aku pergi cek, dok cakap tak berapa demam dah.. aku tunjuk tangan aku ni.. dia tekan2 then dia cakap " saya ambik darah awak sikit" aku pun angguk jela.. then lepas tu dia cakap "awak suspect denggi ni.. esok kami call untuk ambik result blood test awak ni" aku pun balik dengan muka cuak.. laki aku pun beli lagi berbotol air 100plus yang setiap kali aku demam mesti dia belikan tu.. ngeh3


hari kelima, aku cuti pasal dapat mc dari klinik semalam.. tengah hari tu nurse call suruh aku ambik result dekat klinik dia.. aku pun pergi dengan pantasnyaa.. "ni result awak, lepas ni awak kena pergi refer hospital, bawak surat ni" aku pun tanya soalan bengap "saya kena denggi ke?" nurse tu pun kerut dahi.. "ye, awak tengok la result awak" dalam hati aku.. cehhh nurse ni ingat aku paham ke tulisan doc dia ni.. satu haram aku tak faham sebenornye.. hahaha.. aku dengar refer hospital tu aku agak cuak la.. pasal aku takut admit.. seumur hidup aku tak pernah lagi kena tahan wad.. masuk hospital tu pun sekali la kena tahan tapi tak masuk wad, duk kat katil emergency je masuk air pasal keracunan makanan.. ade la dalam 4 jam kot.. ini denggi kompem kena tahan lama.. ahh sudah! 

aku pun call la suami aku, cakap kena pi hospital.. dia pun sepantas kilat la balik dari office dia dari putra height ke rumah kami dekat tun hussein onn.. lepas tu kami terus direct pergi hospital KPJ dekat kajang.. tapi masyaAllah ramai gilee weh orang.. jenuh menuggu je jumpa pakar.. then lepas dah test lagi blood test, masuk bilik pakar, dia tunjuk result dekat screen dia " awak punya palet rendah ni.. nampaknya kami kena tahan awak.. sama ada sekarang ataupun malam ni.. sebab bilik tengah penuh" aku pun macam ohh maii goddd! nak nanges.. tak pernah hayat tido sepital ni weh..

then aku keluar buat muka cuak dekat laki aku.. laki aku pun cakap takpe laa duk hospital.. janji sihat.. hmmm dan nurse tu terus bagi aku slip2 amenda ntah suruh pi daftar bilik kat bawah.. bilik dah ada.. aku pun balik rumah amek segala gala baju yang selesa... yela klinik swatsa.. mano ado baju sepital.. so duduk pakai baju sendiri..

masa masuk wad aku tu pun aku rase bosan melanda dah.. aku dapat bilik yang satu bilik duk dua orang tu.. sebelah katil aku tu aunty cina.. dia pun kena denggi jugak.. dia cakap satu floor ni boleh dikatakan kena denggi.. wahh ramai gak kena denggi.. bukan dahku sorang je.. hehe.. then bermula la penginapan 4 hari 3 malam aku di hospital KPJ T_T





sepanjang aku dekat hospital tu, hari hari ambik blood test.. sampai tangan aku dah lebam dah.. biru2 ungu semua ada kaler kat tempat cucuk tu...okey malas cerita panjang pasal penginapan aku dekat KPJ tu.. ni list aku nak share kalo cara berubat kena denggi macam mana..



Tips sembuhkan demam denggi
1. Minum air 100plus edge yang takde gas tu.. aku sepanjang duk kat hospital 4 botol aku minum satu hari 100plus edge tu.. tapi memang banyak kali kencin la.. tapi esok tu result aku terus naik tinggi and terus boleh keluar hospital.. trust me!


2. Makan sup ketam.. memang ini dokter suggestkan aku makan.. tapi disebabkan aku elergik seafood masa kecik kecik so ketam memang aku tak pernah sentuh.. so bila mak aku buat and bawak sup ketam pun aku tak boleh telan dengan jayanya.. siap menangis2 sambil makan.. drama sungguh dahku ! haha



3. Jus daun betik.. doc suggestkan aku minum jus daun betik ni.. tapi aku rasa macam scary.. so aku tak bagi mak aku buatkan.. tapi korang boleh la test.. memang 100% doc aku suggestkan..



so ini sebanyak menda yang aku tahu untuk cara merawat demam denggi.. so boleh try ye bila dah terkena tu.. sekian wassalam :)

Thursday, July 10, 2014

Center tulisan dalam Instagram

Assalamualaikum..

sebelum ni korang buat bio dekat instagram korang tu, dia akan jadi semua ke kiri kan? so camne nak centerkan ayat kita tu jadi cantik je kat tengah2 macam ni.. oh btw ni instagram aku, meh la follow, meh laa.. search nama einasakinah
http://instagram.com/einasakinah/
(ceh sempat promot visit my ig -_-)


so sini aku nak tunjuk cara cara dia.. senang je.. korang kena bukak kat website instagram pakai pc/leptop.. pakai fon aku tak explore lagi boleh ke tak,
just taip macam kat bawah ni aku buat


kena ada petak petak tu.. so kita paste la cantik2 bagi macam center macam aku buat tu.. then tekan submit je.. siap! example macam dekat bawah ni..

⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀example⠀⠀⠀⠀⠀

okey done, bye!

Thursday, July 3, 2014

senarai movie thriller best best

Assalamualaikum..

weyy lama benor tak update blog ye.. biase la cuti kawen.. hehe tapi harini bukan nak cerita pasal perkahwinan aku.. sebab gambar pun tak siap lagi dari mr photographer..

sebenarnya aku ni suka layan movie tapi lately ni jarang tengok wayang.. aku suka tengok streaming online, tak suka download disebabkan kalo aku download pun aku memang akan layan movie sekali je. lepas tengok tu tak ulang dah kecuali kalau astro main banyak kali kat tv aku tengok la.. hehe..

actually genre movie faveret aku adalah thriller, horror, psycho.. horror tu tak la bermaksud cerita hantu, aku suka tengok cerita hantu tapi lepas tu takut, hehe.. aku suka cerita macam saiko saiko, bunuh, siasat pembunuh, senang cerita, movie yang banyak main emosi dan suspen.. gituwww... sorry cerita jiwang not my taste.. haha so sesiapa yang ada taste sama dengan aku, aku nak bagi nama tajuk movie yang aku suka tengok dekat korang, so korang boleh search online dan tengok streaming.. full HD baq hang.. pasal movie omputih kan.. ni senarai movie yang best best dari padangan aku..

1. The Call


















2. Crush


















3. Home sweet home


















4. You're Next


















5. 13 sins


















6. Mischief Night


















7. House at the end of the street


















8. Anna


















9. The cabin in the woods


















10. Chained


















11. Maniac


















12. Excision



















okey cerita yang aku listkan ni antara movie movie dari tahun 2012 hingga ke 2014 je.. kalau dari tahun 1990, mati la mak nakkk sebab nak listkan.. jenuh.. hehe so mari ramai2 layan movie suspen.. baru la otak berfungsi sikit kan.. ni asyik bercinta je.. bosannyeeeee.. hehe..

lepas tengok tengok cerita kat atas ni mesti kita akan lebih berhati hati, nak jalan sorang2 pun dah takut, haha..

bye2

Thursday, April 10, 2014

One Step Closer

Assalamualaikum,

insyaAllah lagi 22 hari lagi aku bakal menjadi isteri kepada Roshidi Sulaiman.
sungguh tak aku sangka pada tahun 2014 ni akhir pembujangan aku. ecewah.. hehe.. tapi kita yang merancang, Allah juga menentukan..

bercinta sudah 7 tahun, orang ramai tak percaya.. selalunya kapel lama2 ni tak lama, mesti putus jugak.. tapi aku n dia tetap jaga hubungan ini dengan baik..
sebab kami bercinta pun tak macam bercinta sangat.. bukan hari hari nak loving loving sangat.. buat macam kawan.. dia la kawan aku, dia la tempat aku nak mengadu dan minta pendapat.. and paling penting dia la musuh aku.. asyik gaduh je.. tapi kami gaduh sekejap je, pastu berbaik balik.. sebab masing masing banyak cakap.. buka mata je terus mesej sampai la malam nak tido baru stop mesej.. kawan kawan aku sampai tanya, apa yang hampa mesej? tak jemu ke hari hari mesej? ntah.. bagi aku tak pun..

ingat lagi masa time Jan 2007, first time dia tengok aku dekat bowling taiping, time tu mengorat mengorat pun aku tak layan.. bajet sombong sangat la time tu.. pastu dia minta no aku dekat kawan dia iaitu budak sekelas aku.. sejak dari tu dia dok mesej aku, aku tiba tiba terlayan pulak (gediks sangat).. haha tapi kawan tak lama, 9 Feb 2007 terus officially couple gitu walaupun aku tak pernah jumpa muka dia depan depan.. dia je tahu muka aku camne.. tapi zaman tu zaman gedik, so aku on je.. haha.. gituu..

pastu time tu bercinta pun kayuh basikal sama sama pergi perhentian bus naik bus pergi taiping, sebab tempat kami kat kamunting tu takde mall, so pergi la taiping jalan jalan dalam mall, walaupun mall nye time tu the store je.. muhehehe... pastu sanggup menapak ke taman tasik taiping yang berapa KM entah dari bus stand.. tapi time tu sanggup je jalan..

pastu dah advance sikit dia beli moto, aku pun dapat moto dari mak aku lepas aku habis SPM sebab senang nak further study ada transport.. time tu pun aku ada lesen moto and kereta dah.. so time tu senang sikit la bergerak ada moto.. hujan panas redah je.. dating punya pasal..

lepas habis aku study je kolej, dapat kereta kakak aku sebab dia beli kereta lain.. weh time tu rasa habis best dah bawa viva tu.. walaupun mak aku yang bayar, lagi la best dating tak kena hujan panas..

tapi dating dating pun tak pernah mak aku tahu aku pergi dating, disebabkan aku ni dilarang keluar rumah langsung, kalau nak keluar pun membe mai ambik depan rumah.. so sabtu and ahad jangan harap jumpa muka aku di shopping complex ye.. time time dating aku semua time mak aku pergi keje (mati kalo mak aku baca ni) hehehee

dan sekarang ni dah selesa dah.. masing masing kerja dekat selangor, ada kereta sendiri, gaji sendiri.. so mak aku pun dengan lembut hati bagi green light untuk ke alam seterusnya.. Alhamdulilah..

so dengan ini aku menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk datang ke majlis kami di Dewan Kamunting, Perak pada 4 Mei 2014..
semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis kami dan diucapkan ribuan terima kasih





Wednesday, February 12, 2014

Bubu Miu Miu, Kucingku sayang.

Assalamualaikum!

antara pembaca pembaca dalam blog ni mesti pernah terperasan aku pernah post pasal nak bela kucing kan? yeayyy impian aku tu dah tercapai! wuhuu..
so sekarang ni aku dah membela seekor kucing yang comel yang aku namakan dia "Bubu Miu Miu".. kenapa bubu miu miu? sebab warna dia kelabu so panggil bubu.. aku selalu bubuh nama kucing aku mengikut kaler pada kucing tersebut.. so nak menampakkan trendy dia diantara dengan kucing yang lain yang bernama trenddy seperti chichi, mimie, gucci, miky, so aku tambah la miu miu, baru la dia tak terasa dikampungkan sangat.. hehe..

ni gambar masa mula mula jumpa dia.. dia sekarang tinggal dua beradik je.. sebab yang lain bapak dia dah makan.. so aku decide ambik dia sekor..




masa bawa balik tu memang tengok dia macam kemurungan sikit.. tekepit je bawah ketiak aku.. aku pun pelik kenapa kucing ni macam murung je.. maybe dia rindu adik n mak dia kut.. time tu aku rasa macam serba salah.. dah la kena bagi dia susu.. nak suap susu pun bukan mudah.. aku rasa macam jaga baby dah.. bagun pagi buat susu semua


ini adalah kediaman 3 bintang bubu..  aku bela bubu ni dalam bilik.. kandang dia berhadapan dengan katil aku.. maybe ramai orang cakap tak hygine bela kucing dalam bilik tidur kan.. tapi nak buat macam mana, aku menyewa, ramai menyewa dalam rumah tu.. kang takut orang yang tak suka kucing tarik muka pulak.. so aku biar dia dalam bilik aku..





aku bagi bubu minum susu pakai syringe, sebab aku beli botol susu dia tak reti minum.. jenuh aku suap dia buat derk je, last last aku pakai syringe, senang dia minum.. tapi tak kenyang.. lepas tu aku ajar dia makan wet food, lepas je dia makan wet food, dia dah serasi dengan bilik aku ni, perghh rupanya kemain aktif gila, tak larat aku nak kawal wey... dah la suka gigi ibu jari aku, dah macam toyol.. haha.. pastu suka main cakar cakar, macam anak rimau.. aku panggil dia sekarang anak rimau sebab garang gilaaa !



gambar passport tunjuk lidah :P


sekarang ni dia dah pandai makan kibble, aku belikan kibble Royal canin yang babycat punya untuk bubu sebab jenis Royal canin ni elok untuk kucing.. walaupun mahal, tapi aku nak bubu sihat dan kuat selalu! semoga semakin gemok ye sayang.. perabih la makanan sampai obesiti pun takpe, mamy redha :P


aloo aloo takyah posing manja sangat bubu.. rasa nak gigitttttt je.. hehehe.. bubu cepat la besar.. tak sabar nak tengok bubu gemok and besar, nak gomoi macam teddy bear la

semoga bubu gemok macam kucing bawah ni tau, nak bawak masuk tidur hari hari buat bantal peluk :P !!!!



bawah ni video bubu and mamy :)





Tuesday, December 31, 2013

Aman Shortfilm - BTS & Trailer

Assalamualaikum,

hye korang! Happy New Year in advance! muhehe sebab lagi berapa jam je lagi kan! Tapi kali ni taknak update pasal Azam tahun baru segala.. sebab tiap tiap tahun duk azam yang sama je dari berapa tahun yang lepas! tapi asyik tak jadi je.. tapi ada satu azam tu insyaAllah jadi pada tahun ni, di pertengahan tahun. nanti ina story mory lah pasal tu di next entry..

entry kali ni nak habaq sikit dekat korang pasal satu shortfilm yang aku join setelah dijemput oleh tuan pengarah Alaka Zam (klik link untuk ke youtube channel) dan tolong subscribe okey..  aku digandingkan dengan selebriti youtube iaitu AmanWan (klik link jugak untuk tonton video2 yang aman buat) dan jangan lupa subscribe aman jugak ye! aku pulak? ohh ada satu video je dalam youtube, sebab takde keyakinan diri untuk buat vlog walaupun teringin. muhehe.. so takyah subscribe aku :D

so awal bulan disember haritu kitorang start shooting, dekat Putrajaya je.. nasib baik dekat uols. senang la aku datang kan.. so time tu la first time aku jumpa Alakazam dan amanwan.. nasib baik dua dua sporting so taklah segan sangat. muhehe..

tapi aku ni susah sikit nak hafal skrip, asyik lupa je. dah memang pelupa tu sifat aku takleh buang dari dulu.. so asyik cut cut cut jelah.. kesian lah tuan director dengan en videoman.. tapi akhirnya siap jugak dengan jayanya! yeay! so meh ler layan gambo yang ada!




















tapi time ni aku rasa entah hapa hapa sangat sebab makeup mata aku yang sangat buruk.. mata aku jadi sepet! dah kenapa? aku tengok dalam gambar pun nampak sepet, dalam video pun nampak sepet. menyesal gila rasa mekup camni.. lepas ni kalo ada lagi berlakon memang takkkk dah la aku nak mekup T_T



dan terima kasih jugak untuk kawan aku Ezzatul kerana sudi teman aku dua hari berturut turut tanpa merungut.. hihiii ai lebiu lah :)





okey jom layan video trailer shortfilm yang bertajuk AMAN ni yer.. sorry atas lakonan kaku aku tu.. akan diperbaiki lagi.. dan sorry atas kebanyakkan gelak kerana itu sifat aku yang tak dapat diatasi.. dah memang kaki gelak.. muhehehe im sorry! ehh taip pun nak gelak T_T

Terima kasih untuk tuan director kerana sudi ambik Eina Sakinah ye :D
dan nanti jangan lupa tonton Full Shortfilm AMAN ni okey?
ini baru trailer je, full dia tunggu tahun depan.. akan datang! see ya..


AMAN SHORTFILM TRAILER



sila subsribe dan support Youtubers Malaysia!!!! 


Terima Kasih :)